Setiap tahun Universiti Sains Malaysia mengambil bahagian dalam perbarisan sempena Hari Kemerdekaan negara.
.
Pada tahun ini, Universiti Sains Malaysia sekali lagi mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Bandar Perda. Tema sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah Rakyat Didahulukan - Pencapaian Diutamakan.
.
Terima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memberi peluang kepada USM untuk mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Kemerdekaan pada tahun ini walau pun penyertaan USM adalah pada saat-saat akhir. Borang penyertaan yang dihantar tidak sampai ke tangan sekretariat. Setelah membuat rayuan, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri membenarkan penyertaan USM.
.
kontingen USM disertai oleh 80 orang yang terdiri daripada 40 orang kadet PALAPES tentera darat dan 30 orang anggota Kor SUKSIS dan 10 orang pengawal keselamatan.
.
Menurut akhbar The Star bertarikh 1 September 2009, kontingen USM telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan pakaian berwarna unggu ia itu warna USM serta topi nelayan.
.
Perbarisan kali ini diadakan dalam suasana yang sederhana dan meriah. Tapi aku ingin berkongsi rasa kurang senang aku dengan seorang anggota kontigen dari sebuah pejabat daerah yang menyampuk perbualan aku dengan anggota kontingen USM. Jagalah rumah tangga sendiri sebelum sibuk dengan rumah tangga orang. Maksud aku, kepada staf pejabat daerah itu, jaga mulut anda kalau anda tidak mahu orang komen tentang diri anda. Apa, anda fikir kalau anda kerja di pejabat daerah, anda sudah berkuasa dan berhak tidak menghormati orang. Staf ini ada juga menyebut supaya aku menghormati beliau, cis... kalau kita baik dengan orang, dengan sendirinya orang akan menghormati kita.
.
Anggota kontigen berkumpul sejak 6.30 pagi di padang kawad USM
untuk ke Bandar Perda bagi mengikuti raptai.
.
.
Biar ribut datang melanda, biar halalintar memecah bumi, demi USM, kami tetapi di sini...!
.
.
Sarjan Ismail turut membantu kontingen USM
.
.
Sarjan Ismail mengatur kedudukan anggota kontingen
.
.
Kiri kanan, kiri kanan...
.
H1N1, hujan dan puasa, kami tetap kiri kanan, kiri kanan...
.
agihan baju untuk dipakai semasa perbarisan nanti...
.
.
cantik tak...?
.
mestilah cantik...
.
Sarjan Sufri turut membantu...
.
cara memakaian sarong tangan...
.
31 Ogos...tarikh keramat yang dinanti-nantikan
.
segak, bergaya
.
pengurus kontingen dikelilingi oleh anggota kontingen
.
sebahagian daripada anggota kontingen USM
.
pancaragam dari SMK Bagan Jaya
.
anggota pancaragam SMK Bagan Jaya yang cilik
.
kontigen SUK
.
kontingen Majlis Perbandaran Seberang Perai
.
topeng dah habis...?
.
kontingen RELA
.
kontingen BOMBA
.
kontingen Seni Silat Cekak
.
"ambil la gambar kak ni.." minta kakak ni.
.
kontingen UiTM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sebahagian daripada tetamu kenamaan...
.
Pada sebelah malamnya, anggota kontingen diraikan dalam majlis berbuka puasa. Mereka dijamu dengan nasi tomato.
nasi tomato
.
lauk pauk yang menyelera...
.
ayam goreng
.
.
Pengurus kontingen boleh tersenyum puas..
.
staf BPLK yang turut hadir, nazri, kam dan aiza...
.
.
.
.
..
.
.
.
.
Terima kasih kepda pihak USM kerana memercayai aku untuk mengurus kontingen perbarisan ini. Terima juga kepada semua anggota PALAPES tentera darat, anggota Kor SUKSIS, anggota pengawal keselamatan Jabatan Keselamatan dan Sarjan Ismail an Sarjan Sufri kerana terlibat dalam perbarisan ini.