Aku diluluskan cuti tanpa gaji selama empat tahun untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sains kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia. Itu sudah memadai daripada aku tidak dapat cuti langsung. Empat tahun bukanlah masa yang singkat untuk hidup tanpa gaji dengan anak seramai lima orang.
.
.
Tahun pertama aku tinggal di rumah bapa aku. Masuk tahun kedua, aku tinggal di blok H29, blok khas untuk pelajar berkeluarga di Desasiswa Cahaya. Penggawa masa itu itu ialah Encik Kamarudin Md. Nor dan penolong penggawanya Dr. Omar Osman (sekarang TNC HEPP), Encik Nazru Ismail dan Puan Sharifah Mastura. Aku ingin rakamkan bahawa Dr. Osman Osman banyak membantu kami pelajar yang berkeluarga.
.
.
Antara kenangan yang tidak mungkin aku lupa ketika aku tinggal di blok H29 ialah semasa Ramadan. Masa itu aku berada di tahun tiga pengajianku. Keadaan hidup kami sekeluarga memang susah. Semuanya kena pekin. Kais pagi makan pagi kais petang belum tentu dapat makan.
.
Bagi membiayai keperluan harian, isteriku mengasuh anak Puan Zarina Md. Yassan, guru di Pusat Pengajian Sains Kajihayat. Pada sebelah malam, isteriku berniaga nasi goreng, cucur udang dan bubur kacang di kafe Desasiswa Cahaya. Tapi bulan puasa, isteriku tak berniaga. Harap duit upah mengasuh anak Puan Zarina sahaja. Kadang-kadang suami Puan Zarina, Tuan Hashim Ali ada juga bagi beras dan lauk pauk. Mereka berdua bagai saudara aku. Cukup akrab. Sentiasa membantu kami sekeluarga. Aku tidak mungkin lupa jasa baik mereka berdua.

Entah puasa keberapa. Jam hampir 5.00 petang. Isteriku masuk ke dalam bilik ketika aku sibuk menyiapkan tugasan. Dengan nada yang lembut dia menegur aku.
.
.
"Abang... dah nak masuk waktu berbuka puasa..."Dia berdiri belakang. Aku masih mengadap buku dan nota kuliah.
.
.
" Masaklah nasi." Aku membalas.
.
.
" Beras dah habis..." Dia terdiam sejenak
.
.
" Takkan tak ada apa untuk dimakan...?"
.
.
"Mempelam adala.." Jawab isteriku. Baru aku teringat. Bapa aku ada bagi buah mempelam yang dipetik dari pokok yang dia tanam di tepi rumah.
.
.
" Kupas mempelam itu, bagi anak-anak buat buka puasa..." Aku beri cadangan.
.
.
"Nanti anak-anak sakit perut makan mempelam buat buka puasa ". Isteriku membantah.
.
.
Terbayang muka anak-anak. Seorang, seorang. Tapi paling kasihan Zulfadli. Kurus sangat. Tanpa mahu berhujah panjang, aku bergegas ke Pusat Islam. Pusat Islam ada menyediakan jamuan berbuka puasa untuk warga kampus. Sampai di Pusat Islam aku terus ke bahagian dapur. Beberapa orang aku lihat sedang membungkus nasi dan lauk pauk. Othman Rashid kawanku yang bekerja di Pusat Penyelidikan Dasar ada situ.
.
.
"Man, ada nasi dan lauk lebih..." Aku bersuara tersekat-sekat menahan malu.
.
.
"Nasi semua dah kami agih-agihkan.." Osman bersuara sambil terus membungkus nasi yang ada. " yang ni semua untuk staf yang dah tempah awal-awal.".
.
.
Bercelaru fikiran aku. Buntu. Di mana nak cari makanan untuk anak-anak aku berbuka puasa sekejap lagi.
.
.
Mungkin Othman faham apa yang bermain di fikiran aku. " Hang pi minta dari ustaz, kami dah serah nasi dan lauk yang lebih pada ustaz..."
.
.
Aku malu nak mengadap ustaz. Jadi, aku hidupkan injin motosikal Honda Kapcai aku dan terus ke rumah bapa aku. Bapa aku tidak ada di rumah bila aku sampai. Aku pergi cari emak aku yang sibuk memasak untuk berbuka.
.
.
"Emak, minta beras sikit..." Aku berjumpa dengan emak. " Beras di rumah habis.."
.
.
Emak aku mengambil berapa cupak beras dan dimasukkan ke dalam kampit plastik.
.
.
" Cukup...? Emak bertanya.
.
.
"Cukup emak." Aku mahu segera pulang supaya isteriku sempat masak nasi untuk anak-anaku.
.
.
"Nah ambil ikan ini..." Aku aku memberi beberapa ekor ikan yang diambil dari peti sejuk.
.
.
Selepas mencapai ikan tersebut, aku segera pulang. Sampai di blok desasiswa, aku pun beri beras dan ikan kepada isteriku.
.
.
"Masak..." Aku mengeluarkan arahan ringkas dan padat kepada isteriku. Tanpa banyak bersuara dia terus ke dapur dan memasak apa yang ada.
Zulfadli menyedari aku berada di rumah datang menemui aku. " Ayah, Ali lapar..."
Aku memandang tepat muka Zulfadli. Sayu melihat wajahnya. "Sabar... mak dok masak nasi tu. Nanti kita buka puasa sama-sama."
.
Selepas berbuka puasa dengan buah mempelam, kopi o, nasi dan ikan goreng masak sambal tumis, aku terus mengerjakan solat maghrib. Selepas selesai solat, aku zikir banyak-banyak nama tuhan. Ustazku berpesan, kalau sesak sangat, zikir sebanyak mungkin "Ya Razak...". Aku khusyuk berzikir dan memanjatkan doa supaya tidak diputuskan rezeki pada bulan Ramadan ini. Apatah lagi syawal akan menjelang. Di mana nak cari duit untuk beli baju-baju raya anak-anak. Isteriku cadang beli seluar katok dan t shirt di pasar Taman Tun Sardon sahaja untuk anak-anak.

Pintu rumahku diketok orang. Anakku berluru membuka pintu. Rupanya anak perempuan Aman Daud. Aman Daud adalah pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda seni halus. Dia tinggal di unit dihadapan unit aku. Anak perempuan dia berdiri di muka pintu dengan tangan memegang pinggan yang berisi dengan mee.

" Abah dan emak bagi mee..." Anak Aman Daud tersenyum melihat anak-anak aku berkerumum keliling beliau.
.
.
Zuyanti anak aku yang sulong mengambil pinggan mee dan diserahkan kepada isteriku yang sedang mengemas di dapur. Dapatlah kami sekeluarga merasai mee yang dimasak oleh Aman Daud. Aman Daud memang handal dalam masak memasak ni. Selepas itu anak perempuan Aman Daud beredar.
Zurina, adik aku pula datang. Sambil mendukong anak lelakinya, Iwan, dia masuk ke dalam rumahku tanpa dipelawa. Aku bangun dan menyambut kedatangannya.
.
Zurina, adik aku pula datang. Sambil mendukong anak lelakinya, Iwan, dia masuk ke dalam rumahku tanpa dipelawa. Aku bangun dan menyambut kedatangannya.
.
" Hang ada duit tak...? Zurina bertanya sambil membuka zip beg tangannya.
.
.
"Tak dak..." Jawab aku.
.
.
"Nah, ambil lima puluh ringgit.." Zurina menghulur wang kertas lima puluh ringgit..
Aku capai duit itu. Zurina bergegas pulang sebab Yazid, suaminya hendak ke masjid mengerjakan solat teraweh.
.
.
Aku rasa cukup gembira sekali. Tak perlu fikir untuk mendapat beras dan lauk untuk beberapa hari ini. Lima puluh ringgit terlalu besar untuk aku pada ketika itu. Bolehlah beli beras, ikan bilis dan kobis untuk dimasak. Memang menu rasmi semasa itu, nasi, sambal tumis ikan bilis dan sayur kobis.
.
.
Selang tiga hari kemudian, Mohd Adnan, adik aku datang ke rumah. Dari jauh dia tersengeh. Aku keluar menyambut dia.
.
.
"Ampa dah beli baju raya..." Dia bertanya sebaik sahaja dia nampak aku. Anak-anak aku terjengok-jengok melalui muka pintu.
.
.
"Baju lama depa dok elok lagi" Aku tidak menjawab soalannya. Sebaliknya memberi alasan kenapa aku tidak beli baju baru. Sebenarnya aku tidak ada duit untuk beli baju baru anak-anak raya tahun itu.
.
"Nah ambil duit ini buat beli baju anak-anak hang..." Mohd Adnan mengeluarkan empat rarus lima puluh ringgit dari dompetnya dan dihulurkan kepada aku.
.
"Terima kasih, Nan..." Aku tidak tahu apa yang perlu diucapkan lagi. Aku jadi sebak bila mengingatkan adik-adik aku membanyak membantu waktu itu.
.
Bapa aku gembira membantu aku ketika aku melanjutkan pengajianku. Malah sesiapa saja yang memohon bantuan untuk mengikuti pengajian, dia pasti membantu. Kadang-kadang ada pelajar USM yang membaiki motor di bengkel bapa aku tetapi dia tidak mengenakan bayaran bila dia tahu mereka tak ada duit Bapa aku percaya, orang sedang mengikuti pengajian adalah seperti orang yang berperang, berjihad di jalan Allah. Membantu orang yang sedang mengikuti pengajian samalah seperti membantu orang yang berjihad di jalan Allah.
.
Mohd Adnan meninggalkan aku yang masih terdiri terkejut dengan jumlah duit yang dia berikan kepada aku. Aku masuk ke dalam rumah. Hati aku berbisik, inilah keajaiban Ramadan...!