Jumaat, Ogos 28, 2009

AL FATEHA...!

Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh
.
Aku tidak pernah berjumpa dengan beliau dan beliau juga tidak mengenali aku. Tapi dia adalah di antara orang yang aku sanjungi. Aku sering mengikuti perkembangan beliau melalui bacaan dan berita TV. Sayang aku tidak sempat berjumpa dengan beliau. 
.
Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh adalah anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan. Beliau meninggal dunia dalam penerbangan dari China ke Singapura awal pagi  28 Ogos 2009 akibat diserang sakit jantung. Aku jadi sebak selepas membaca berita tentang beliau kembali ke rahmatullah.
.
Aku mula tertarik untuk mengenali beliau setelah Encik Ismail Kassan, seorang pegawai di tempat aku bekerja dahulu bercerita tentang Senator Prof. Datuk Ismail Salleh ini. Beliau adalah pensyarah kepada Encik Ismail Kassan semasa Encik Ismail Kassan mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Encik Ismail Kassan menyatakan Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh seorang bijak dalam bidang kepakaran beliau. 
.
Aku kagumi Senator Prof. Datuk Ismail Salleh kerana beliau merupakan orang kelainan upaya yang cacat penglihatan tetapi mampu mengikuti pengajian hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah. Beliau menerima Anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1977.
.
Aku berdoa agar beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman!