Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Aidilfitri adalah hari kebesaran agama Islam. Aku ulang Aidilfitri adalah hari kebesaran agama Islam. Oleh itu, sambutan Aidilfitri perlu, harus, wajib... disambut cara Islam!
.
.
Aku menjadi sebak, sedih dan kecewa bila aku lihat cara stesen-stesen TV yang mempunyai pengaruh yang sangat besar ke atas masyarakat mengatur program-program sempena Aidilfitri. Sejak akhir-akhir ini, stesen tv memaparkan Aidilfitri disambut dengan hiburan konsert rock, nyanyian yang diiringi tarian terkinja-kinja, tergedik-gedik, bercampur lelaki dan perempuan. Malah seperti kebiasaan artis bersalaman lelaki perempuan seolah-olah perbuatan ini bukan batasan agama.
.
.
gambar ini sekadar hiasan
.
gambar ini sekadar hiasan
.Siti Nurhaliza dalam program TV sempena Aidilfitri
.
.
Lebih pedih akan disiarkan pula gambar Hindi sempena Aidilfitri. Entahlah apa kaitan filem Hindi dengan Aidilfitri.
.
.
Kadang-kadang klise sangat, lagu raya dinyanyi sambil penyanyi berkenaan kacau dodol atau menari mengelilingi kuali dodol dengan latar belakang kanak-kanak bersukaria bermain bunga api. Sedangkan pada masa yang sama, hebahan dibuat, main bunga api buknlah budaya kita. Kontradik.
.
.
Tayangan gambar Hindi sempna Aidilfitri...
Begitu ketara sekali persaingan stesen-stesen tv untuk menarik jumlah penonton semasa Aidilfitri. Malah kalau masyarakat terpaku menonton program mereka seharian semasa Aidilfitri mungkin adalah kemengan bagi mereka. Secara tidak langsung, stesen-stesen tv merupakan pembunuh kepada budaya kunjung mengunjung semasa Aidilfitri.
.
Entah berapa kali aku menulis kepada surat khabar memohon stesen-stesen radio dan tv menyiarkan takbir raya lebih kerap selepas maghrib malam raya sehingga khutbah solat sunat Aidilfitri dari menyiarkan lagu-lagu Aidilfitri. Lagu-lagu Aidilfitri boleh disiarkan 14 hari sebelum dan selepas 14 Aidilfitri. Malangnya, surat aku tidak pernah tersiar.
.