Mohamad Naim menceritakan detik-detik cemas yang dilalui..
.
Aswad, abang Naim
.
Tiga tahun lalu, Syawal ketiga, anak saudara aku, Naim berada di rumah bapa saudaranya di Kampung Nelayan Telok Bahang. Selepas makan tengah hari, Naim bersama dua orang sepupu mereka bermain-main di hadapan restoren "Sila O Sila".
Kemudian, mereka didatangi enam lelaki Cina . Cuma daripada enam lelaki Cina ini, tiga orang berseluar pendek tanpa berbaju sementara tiga orang lagi berseluar pendek dan berbaju. Lelaki Cina itu bertanya arah untuk ke Pantai Kerachut. Ketiga-tiga sepupu menjawab mereka tidak tahu jalan ke Pantai Kerachut. Apa tah lagi untuk ke sana.
Kemudian, mereka didatangi enam lelaki Cina . Cuma daripada enam lelaki Cina ini, tiga orang berseluar pendek tanpa berbaju sementara tiga orang lagi berseluar pendek dan berbaju. Lelaki Cina itu bertanya arah untuk ke Pantai Kerachut. Ketiga-tiga sepupu menjawab mereka tidak tahu jalan ke Pantai Kerachut. Apa tah lagi untuk ke sana.
.
Selepas itu, Naim dan sepupunya tidak sedar apa yang berlaku. Cuma yang dia ingat, dia mengikuti keenam-enam orang Cina itu ke Pantai Kerachut. Sepanjang perjalanan Naim dan sepupunya tidak banyak bercakap. Mereka hanya mengikut enam orang lelaki Cina yang baru mereka berjumpa.
.
Menurut Naim, dalam perjalanan beliau ke Pantai Kerachut, beliau ternampak sebuah kampung yang mempunyai sawah padi yang besar, terdapat ramai orang kampung yang sedang mengerjakan sawah padi berkenaan. Malah terdapat juga beberapa ekor kerbau yang sedang membajak sawah. Pelik! Sunggoh pelik! Mana ada sawah padi dan kerbau di Telok Bahang. Apa tah lagi di Pantai Kerachut.
.
Kemudian, Naim tidak ingat apa lagi yang berlaku.
.
Suasana maghrib di pantai Kerachut sunyi sepi. Hari yang cerah tadi kini bertukar menjadi suram dan hampir gelap. Tiba-tiba Naim dan sepupunya tersentak dari lamunan. Tiba-tiba mereka dapati diri mereka berada di atas sebuah batu besar di tengah kuala sungai di pantai Kerachut. Mereka menjadi panik. Gelabah. Bila masa mereka sampai dan panjat batu tersebut. Untuk sampai ke batu besar itu mereka perlu berenang. Tapi pakaian mereka tidak basah pun. Malah kaki mereka dan kasut yang mereka pakai tidak ada kesan pasir laut. Mereka mula menanggis ketakutan. Mereka tidak ada upaya untuk turun
.
Sementara itu, di kampung nelayan, Teluk Bahang telah kecoh tentang kehilangan Naim dan sepupunya. Seluruh penduduk kampung dikerah untuk mencari mereka. Puas mereka mencari di kampung-kampung di Teluk Bahang dan Taman Rimba. Tapi tidak jumpa. Malah ada sekumpulan penduduk kampung pergi mencari di Taman Belia. Namun Naim dan sepupunya tidak dijumpai.
.
Hari hampir maghrib dan kegelapan malam mulai melabuhkan tirainya. Sebuah perahu nelayan dari arah Muka Head bergerak meredah ombak menuju ke Balik Pulau. Deruan enjin sangkut perahu tersebut memecah kesunyian pantai Kerachut. Nelayan yang berhati-hati dalam waktu maghrib ternampak lembaga budak tiga orang di atas batu besar di tengah kuala sungai. Nelayan tersebut memperlahankan perahunya sambil bertanya kepada kawannya apakah benar yang yang beliau nampak. Kawan nelayan tadi mengesahkan terdapat tiga orang budak atas batu besar tadi.
.
Dengan hati yang curiga, nelayan dan kawannya menghampiri batu besar. Mereka menarik Naim dan sepupunya masuk ke dalam perahu. Dengan terketar-ketar Naim dan sepupunya merayu mereka dihantar pulang ke Teluk Bahang. Dengan rasa kasihan, nelayan tersebut berpatah balik ke Teluk Bahang untuk menghantar Naim dan sepupunya.
.
Akhirnya, Naim dan sepupunya dihantar sampai ke rumah. Keluarga Naim mengucapkan terima kasih atas budi baik nelayan tersebut. Walau bagaimana pun, misteri bagaimana Naim dan sepupunya sampai ke pantai Kerachut masih belum terjawab. Malah misteri siapakah enam orang Cina berkenaan pun masih belum terungkai. Dan bagaimana Naim dan sepupunya boleh berada di atas batu besar di tengah kuala pantai Kerachut pun menjadi teka teki.