Syawal menjelma lagi...
.
Hari untuk bermaaf-maafan
.
Hari untuk mengeratkan tali silatulrahim
.
Selepas berbuka puasa, aku bergegas ke masjid untuk menunaikan solat magrib dan menunggu kedatangan Syawal. Aku siap sedia untuk bertakbir dan bertahmid. Tapi selepas mengerjakan solat Isyak, imam terus meninggalkan saf. Maknanya tak ada takbir...
.
Dengan kecewa aku melangkah pulang. Di rumah, sayup-sayup kedengaran takbir dari masjid Batu Uban. Aku sepatutnya ke masjid Batu Uban tadi. Salah perancangan!
.
Aku buka radio untuk mendengar takbir. Tak ada takbir. Cari stesen lain pula. Tak ada takbir juga. Semuanya stesen radio memainkan lagu-lagu raya. Sesekali diselit dengan ucapan raya artis dan pendengar. Mungkin lagu-lagu raya ini waijb dimainkan. Kalau tak main lagu raya, mungkin berdosa pula. Sebab itulah lagu-lagu raya dimainkan.
.
Tiba-tiba semasa aku buat penalaan, dapat stesen yang siarkan takbir raya. Stesen Mutiara FM. Baru tangkap syahdu. Baru terasa seperti berada di sebuah negara Islam. Tapi sekejap saja. Kemudian juruhebah radio kembali berceloteh sambil memainkan semula lagu-lagu. Mungkin lagu-lagu raya ini ritual untuk menyambut Aidilfitri. Lantak orang stesen radiolah. Kalau stesen radio ini hak bapa aku, aku akan siarkan takbir raya puas-puas. Ni cakap saja Malaysia negara Islam tapi program sambutan Aidilfitri macam apa-apa saja. Banyak sangat hiburan terkinja-kinja, tergedik-gedik...Macam sambut Krismas. Atau hari kemerdekaan.
.
Macam itulah kalau jati diri dan semangat cintakan agama tidak dipupuk dalam diri... Tapi bukan salah juruhebah radio. Salah kepala ikan. Kenapa salah kepala ikan? Sebab ikan busuk mulai dari kepala. Begitu juga dengan masyarakat kita. Haru biru masyarakat kita lantaran pemimpinnya yang buta agama...!
.
Pagi 1 Syawal, isteriku kejutkan aku. Agak kasar juga dia bersuara. " Dah lewat ni..cepat pergi mandi sunat Aidilfitri...".
.
.
Aku bagai budak kecil bergegas ke bilik mandi.
.
Selepas bersiap, aku pergi ke masjid Universiti Sains Malaysia, Masjid Al Malik Khalid. Sampai awal benar. Selepas mengambil wuduk aku mengerjakan solat sunat tahyatul masid dan kemudian duduk di sebelah Dato' Md. Salleh Yaapar. Bertakbir puas-puas.
Zulkarnain dan Zulfadli bersama Dr. Akbar Ali dan anak beliau.
.
Rakan-rakan pelajar dari luar negara...
.
Kumpulan perlajar ini pun rakan-rakan aku juga...
.
Tak ingat pelajar-pelajar ini dari negara mana...
.
pelajar-pelajar dari Libya, budak ini kawan baik aku...
.
Masing-masing segak bergaya mengenakan pakaian tradisional masing-masing
.
Selepas solat sunat Aidilfitri, aku pulang ke rumah. Anak menantu dan isteri berkumpul. Bersalam-salaman bermaaf-maafan. Isteriku yang mula dahulu. Kemudian dia duduk di sebelah aku. Zulkarnain yang sebagai anak yang tua ketika itu, bersalam bermaafan. Begitulah diikuti dengan menantu, anak-anak dan cucu. Lengkap seisi keluarga kecuali anak aku yang sulong, Zuyanti dan suaminya, Tarmizi, yang beraya di Tumpat, Kelantan.
.
Zulfadli, Zolkifli dan Zulkarnain
.
Fazilah dan Zulkarnain
.
Selepas menikmati jamuan pagi, kami sekeluarga dengan tiga buah kereta bertolak ke tanah perkuburan Datuk Keramat. Jalan Datuk Keramat sesak. Tidak ada tempat meletak kereta. Isteriku mula membebel. Katanya balik ke rumah dan datang semula petang nanti. Prinsip aku, kalau dah datang, teruskan dengan niat kita. Jangan mengalah. Akhirnya dapat tempat letak kereta. Begitu juga anak-anak dan menantuku. Kami beli empat botol air cendana dan dua bungkus cebisan bunga.
.Anak-anak di kubur Tok Man dan Tok Timah
.
Selepas dua tiga kali berpusing, akhirnya jumpa kubur bapa dan emak mentua aku. Selepas menabur bunga dan menyiram air cendana, kami sama-sama mendoakan agar roh bapa mentau dan roh emak mentua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Amin.
Selepas dua tiga kali berpusing, akhirnya jumpa kubur bapa dan emak mentua aku. Selepas menabur bunga dan menyiram air cendana, kami sama-sama mendoakan agar roh bapa mentau dan roh emak mentua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. Amin.
.
Dari tanah perkuburan Datuk Keramat, kami bergerak ke tanah perkuburan Masjid Jamek Sungai Gelugor. Kami ziarah kubur bapa aku dan kubur saudara mara . Sejak kecil lagi bapa akan membawa kami menziarah kubur pada pagi syawal. Ini tradisi keluarga dan aku harap anak-anak aku teruskan nanti. Sampai di kubur, kami siram air cendana dan tabur bunga sambil membaca doa dan fateha. Kemudian seorang lelaki yang berumur datang dan turut berdoa untuk bapa aku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai imam masjid kediaman polis Sungai Dua. Terima kasih atas budi baik tuan.
.
Selesai menziarah kubur, aku ke rumah emak. Adik-adik aku sudah ada di rumah emak. Aku terus berjumpa dengan emak dan bermaaf-maafan dan diikuti pula bermaaf-maafan dengan adik-adik dan ipar duai aku. Selepas menikmati jamuan tengah hari, kami meninggalkan rumah emak dan menuju pula ke Tok Wan.
.
.
Sahir, Sara Zulaikha dan Zuriati
.
Saiidi, Sofia Qistina dan Zuqisti...
.
Keluarga adik aku - Ika, Zurina, Yazid dan Atin...
.
Zulkarnain...
.
Tok Wan dah lama meninggal. Tok meninggal lebih dahulu dari Tok Wan. Pak Ndak dan Mak Teh tinggal di rumah Tok Wan. Pagi Aidilfitri ni, Mak Limah, isteri Pak Ndak buat kenduri. Jamuan nasi tomato, dalca, gulai daging, sayur kobis, jelatah dan entah apa-apa lagi. Masa kami sampai, orang dah ramai. Adik Mak Limah, Dr. Azizah pun ada sama. Apa lagi, kami pun menikmati hidang yang disediakan. Lepas tu, kami pergi jengok Mak Teh pula. Selepas bermaaf-maafan dengan Mak Teh, kami mohon untuk ke Dhoby Ghaut.
.
Bob, suami Mak Teh
.
Isteriku dan anak-anak di rumah Pak Ndak
.
Pak Ndak dan Mak Limah...
.
Dr. Azizah Omar, adik mak Limah
.
Rokiah Puteh, Mak Teh aku.
.
Di Dhoby Ghaut, ada empat keluarga saudara isteriku. Mereka tinggal dalam suatu kawasan. Rumah mereka begitu dekat antara satu sama lain. Mula-mula kami pergi ke rumah Hasan sebab Hasan mahu keluar ziarah keluarga isteri beliau. Aku cukup senang dengan abang ipar ini. Beliau pernah tiga kali datang bertandang ke rumah aku semasa aku tinggal di Trolak dahulu. Dan beliau juga pernah datang bersama isteri beliau selepas beliau berkahwin. Dalam perjalanan berbulan madu. Aku rasa cukup dihormati. Hasan pun tidak keberatan untuk membantu aku jika aku berada dalam kesusahan.
.
Keluarga isteriku tidak ada panggilan untuk menunjuk hiraki abang-kakak atau adik. Maksudku, tidak ada panggilan seperti pak long, kakak ngah, pak lang, mak teh...Panggil ikut nama dengan tambah mak untuk saudara lelaki dan mami untuk saudara perempuan.
.
Keluarga isteriku tidak ada panggilan untuk menunjuk hiraki abang-kakak atau adik. Maksudku, tidak ada panggilan seperti pak long, kakak ngah, pak lang, mak teh...Panggil ikut nama dengan tambah mak untuk saudara lelaki dan mami untuk saudara perempuan.
.
Selepas di rumah Hassan, kami pergi rumah Yusoff. Beliau baru pulih dari kemalangan. Tujuh hari koma. Kini beliau masih ingat-ingat lupa. Razali anak sulong Yusoff, rajin ziarah rumah aku dengan isteri dan anak-anak dia. Dari rumah Yusoff, kami ke rumah Ismail, biras aku. Yang pelik, untuk Ismail, ahli keluarga isteriku tak pula panggil mak Ismail dan isterinya mami Aminah tetapi mereka panggil Ba untuk Ismail dan Bu untuk Aminah. Anak-anak Ba dan Bu ini, baik dengan aku. Mereka akan bertandang ke rumah aku setiap kali Aidilfitri.
.
Sudah pukul 4.00 petang 1 Syawal. Aku bertolak ke Kampung Melayu, Ayer Itam. Menantu aku, Saiidi, tidak ikut serta. Dia mohon izin untuk balik ke rumah bersama isteri dan anaknya. Dia pulang untuk solat. Katanya. Kami pergi rumah Pak Man di Kampung Melayu. Pak Man ini istimewa orangnya. Dia pandai mengubat cara tradisional. Malah ada pihak kerajaan dan swasta menggunakan khidmatnya untuk tujuan tertentu. Kak Gayah isteri Pak Man pula pandai memasak. Jadi kami balun ketupak pulut dan rendang yang Kak Gayah masak puas-puas.
.
Dari rumah Pak Man, kami balik ke rumah. Isteriku bagi tau ada tetamu istimewa nak datang. Siapa pula tetamu istimewa? Tak kan sidia nak datang ke rumah aku....
.
Hampir 20 orang tetamu dari beberapa keluarga datang bertandang ke rumah aku. Mereka pernah tinggal di Dhoby Ghaut. Kira dulu mereka ini jiran isteri aku. Kebetulan anak aku belajar dengan salah seorang anak jiran ini. Selepas bertanya, anak jiran kata emak dia kenal emak anak aku.( Isteri aku la...) Jadi untuk mengeratkan tali silatulrahim, mereka ziarah kami. Kami jamu mereka bihun goreng, ketupat, nasi himpit, kuih raya... dan entah apa-apa lagi. Banyak kenangan lama yang dibangkitkan semasa kami berbual.
.
Mereka pernah tinggal berdekatan rumah keluarga isteri aku...
.
terharu mereka sudi ziarah...
.
.
Hashim Ismail dan anak-anak...
.
Selepas mereka pulang, anak-anak Ba dan Bu pula datang. Mula-mula Halida dan anak-anaknya datang, kemudian Hashim, isteri dan anak-anak dia pula sampai. Mungkin, masing-masing sudah keletihan. Jadi tidak banyak yang dibualkan. Selepas mereka pulang, kami mengemas rumah dan jam pula menunjuk pukul 10.30 malam...
.
Aku terlalu letih. Aku akhiri sambutan Aidilfitri sekitar 11.00 malam dengan terus masuk tidur. Nanti 4.30 pagi bangun sahur. Nak puasa enam pula...
.
Aku terlalu letih. Aku akhiri sambutan Aidilfitri sekitar 11.00 malam dengan terus masuk tidur. Nanti 4.30 pagi bangun sahur. Nak puasa enam pula...