Sabtu, 27 Disember 2009, aku ke Kubang Semang, Bukit Mertajam menghadiri kenduri perkahwinan (?) anak sepupu aku. Itulah kali pertama aku ke rumah beliau. Nasib baiklah ada tanda arah ke rumah beliau, jika tidak jenuh mencari rumah beliau.
Aku sampai ke rumah pengantin pun agak lewat. Hampir 4.00 petang. Ramai tetamu yang sudah makan dan beransur pulang. Pengantin pun sudah bersanding. Menyesal juga sampai lewat. Tak sempat jumpa saudara mara yang telah pulang.
Selepas menikmati jamuan, aku pun sibuk mengambil gambar tetamu dan pengantin. Yang baiknya, pengantin bersanding sekali lagi supaya aku boleh merakam gambar mereka. Bila mereka naik pelamin sahaja, ramailah saudara mara tumpang bergambar dengan pengantin.
Akhir sekali, ucapan aku kepada pengantin, SELAMAT PENGANTIN BARU dan BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...
tanda arah rumah kenduri
bapa pengantin menyambut tetamu
mydin, bapa pengantin
ahli keluarga pengantin
tok nab, tok pengantin
minah, mak pengantin
mustafa
jamilah
ani
jo
non
kak long dan isteri mustafa
sara zulaikha dan salina, adik pengantin
siti, tok saudara pengantin
hantaran
pengantin
antara yang dihidang
makan time...
tetamu di dalam rumah pengantin
mai kita balik