Selasa, Disember 15, 2009

SEMINAR PENYEDIAAN KERTAS JEMAAH MENTERI, LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN

Pada 4 Disember hingga 6 Disember 2009, aku telah mengikuti Seminar Penyediaan Nota Jemaah Menteri, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan anjuran Bahagian Dasar dan Antarabangsa, Kementerian Pengajian Tinggi di Swiss Garden Inn, Kuala Lumpur.

Peserta-peserta seminar ini terdiri daripada pegawai-pegawai institutsi pengajian tinggi awam dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.