Pada 18 Disember 2009, aku singgah ke Sungai Jentong sekali lagi. Aku terpaksa memandu CRV kesayanganku meredah jalan becak untuk masuk ke Kampung Orang Asli Sungai Jentung. Hasrat aku untuk berjumpa dengan Atot. Sudah berpuluh tahun aku tidak dengan berjumpa dengan Atot. Bulan sudah aku datang Sungai Jentong mencari Atot. Tapi Aton tidak ada di rumah.
Selepas memasuki kawasan kampong Orang ASli Sungai Jentong, aku terus ke rumah Atot. Aku memberrhentikan kereta betul-betul di laman rumahnya. Selepas turun dari kereta, aku memanggil Atot beberapa kali. Rumahnya sunyi sepi. Pintu tertutup rapat. Kemudian seorang anak Orang Asli yang tinggal berhampiran rumah Atot memberitahu aku, Atot tidak ada di rumah. Atot keluar ke Pekan Bidor. Mungkin balik petang itu. Mungkin balik besok. Mungkin juga balik beberapa hari kemudian. Dia tidak pasti bila Atot akan balik. Aku agak kecewa kerana tidak dapat berjumpa Atot.
Kemudian aku menuju ke rumah jiran Atot. Jiran Atot ini peramah. Dia ingat aku lagi. Aku berbual-bual dengan dia. Semasa berbual dengan dia, beberapa penduduk kampong pulang dari memungut biji getah. Setiap orang membawa seguni biji getah. Mereka mahu menjual biji getah tersebut kepada taukeh Cina di pekan Slim. Sekilo RM1.50. Kata mereka, sehari dapatlah empat lima ringgit. Cukup menyara keperluan harian. Ada seorang penduduk perempuan Orang Asli bergurau dengan aku menyatakan dia memungut biji getah kerana dia ingin pakai baju dan seluar Levis seperti aku. Aku cuma tersenyum mendengan gurauannya.
"Saya pun ingin juga memiliki kereta macam Encik..." Dia menambah. "Tapi tak mampu. Kutip biji getah bertahun-tahun pun masih tak mampu..."
Entahlah, aku cukup seronok begaul dengan mereka. Namun hasrat aku untuk berjumpa dengan Atot tidak kesempaian. Lewat petang itu, barulah aku meninggalkan Sungai Jentong untuk meneruskan perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang.