Isnin, Disember 21, 2009

PELABUHAN PULAU PINANG

Aku paparkan gambar yang aku rakam semasa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Aku menggunakan perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Butterworth. Bertolak dari Kuala Lumpur jam 1050 malam dan sampai ke Butterworth jam 7.00 pagi. Untuk ke seberang pulau pula, aku menggunakan perkhidmatan feri. Gambar-gambar ini aku rakam untuk mengilang kebosanan di atas feri.

Nostagia... teringat ketika jambatan Pulau Pinang belum dibina, perkhidmatan feri ini sajalah yang digunakan untuk kemudahan pengangkutan dari Pulau Pinang untuk ke tanah besar dan begitulah sebaliknya.