Jumaat, 4 Disember 2009, aku ke Kuala Lumpur untuk menghadiri seminar. Dari Pulau Pinang aku ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MAS. Penerbangan MH1143. Sampai KLIA dah tengah hari. Harap-harap sempat solat Jumaat. Aku bergegas menaiki ERL untuk ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral, aku terus melangkah ke tempat menjual kupon "budget taxi". Aku hendak menaiki menaiki "budget taxi" untuk tempat seminar.
Selepas membeli kupon, aku berbaris untuk menaiki teksi. Teksi Proton Iswara berwarna merah dan puteh datang menghampiri untuk mengambil aku. Bila teksi tersebut berhenti di hadapan aku, aku terus membuka pintu teksi dan melangkah mauk ke dalam perut teksi. Aku duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Pemandu teksi itu seorang Cina yang berumur.
30 tahun tahun pandu teksi tapi tidak dapat permit. Sedih. Inilah yang dikatakan rakyat didahulukan...!
Isu meter dan pencetak resit yang menjadi isu. Isu pemandu teksi jahat...?
Selepas teksi bergerak, aku bersuara memecah kesunyian.
"Awak orang KL ke ?
"Ya...Saya orang Gombak.!".
"Sudah berapa tahun bawa teksi...?"
"Aiya... sudah lama,30 tahun.". Pemandu itu menarik nafas panjang. " 30 tahun bawa teksi tapi minta permit pun tak dapat."
Aku merenung mukanya. Pemandu itu memandang ke hadapan sambil tangannya terus memulas stereng.
"Dulu minta, mereka kata permit dah tak keluar. Sekarang mereka kata saya sudah tua. Tapi, ada orang lebih tua pun dapat permit." Dia diam. Pandangannya terus dihala ke hadapan. Jalan sibuk dengan kenderaan.
Kita kena ikut undang-undang. Baru senang.
Kenderaan penguatkuasa LPKP memintas kami.
"Sekarang senang dapat penumpang?". Aku mengalih topik perbincangan.
"Banyak kurang la. Pelancong banyak kurang. Lagi itu pemandu teksi jahat pun banyak.".
"KL pun ada pemandu teksi jahat ka...? Aku mengemukakan pertanyaan.
Kami melalui Pudu Raya. Dia memperlahankan kenderaannya.
"Encik tengok teksi-teksi sana. Mereka berhenti tunggu penumpang. Mana boleh..." Mulutnya muncung sambil menghala pandangan ke tepi jalan menunjuk deretan teksi. "Itulah, jahat punya pemandu."
Pemandu teksi tidak boleh berhenti menunggu penumpang.
Dia mendiamkan diri. Aku ternampak dua orang anggota polis tercegat ditepi jalan. Mungkin mengawal lalu lintas. Fikirku.
"Polis tidak kacau." Aku melontar soalan soalan.
"Polis banyak baik. Dia tidak kacau. Tapi kalau bawa laju ka, langgar lampu merah ka, dia samanla...".
"Itu sapa punya kerja tangkap teksi pemadu jahat..." Aku terus bertanya.
"JPJ dan LPKP." Dia jawab ringkas.
Dua buah Pajero biru memintas kami dari sebelah kiri. Pada sebuah pintu Pajero itu terdapat pelekat "KAYABA".
'Encik...! Aku terkejut dari lamunan. Pemanudu teksi terus bersuara " Itu kereta LPKP..Encik tengok mereka tidak buat apa pun. JPJ pun tidak ada. Pemandu teksi jahat banyak syokla..."
Dia diam sebentar. Aku terus memandang ke arahnya.
Dia diam sebentar. Aku terus memandang ke arahnya.
"Kami yang ikut undang-undang, kurang dapat penumpang. Kami kena pusing-pusing baru dapat penumpang. Mereka tunggu sahaja untuk ambil penumpang. Mana mereka boleh berhenti tepi jalan tunggu penumpang...? Marah beliau.
"Kami baik punya pemandu teksi selalu kena tahan. Ini meter sekarang mesti ada mesin keluar resit." Dia terus membebel. "Ini kecik punya perkara...".
Kami sampai di hadapan hotel. Dia membelok masuk ke perkarangan hotel dan memberhentikan teksinya. Aku mebuka pintu teksi dan melangkah keluar. Dia pun terus memandu meninggalkan aku.