18 Disember 2009. Aku dalam perjalanan balik dari Bandar Baru Bangi ke Pulau Pinang. Aku singgah Sogo sebentar untuk masukkan duit kepada anak aku. Di Sogo ada mesin ATM Maybank. Lepas itu aku pusing sekejap Sogo. Dari satu tingkat ke satu tingkat. Lepas penat aku terus ke tempat pakir kereta.Tiba-tiba aku perasaan macam seseorang yang aku kenal. Aku menghampiri orang itu. Aku memberi salam. Dia menoleh memandang aku. Dia masih kenal aku lagi. Dia menghulur tangan dan kami bersalaman.
Saidil Simoi. Dia orang Sabah. Kini dia menetap di Kota Belud. Aku kenal dia ketika kami belajar di Universiti Sains Malaysia. Dia mengambil bidang komunikasi dan aku pula mengambil bidang sains kemasyarakatan. Tapi kami cukup rapat sebab dia tinggal sebelah rumah aku. Dia dan isterinya cukup baik hati.
Selepas tamat pengajian, dia balik ke Sabah. Aku tidak mendengar apa-apa berita tentang dia lagi. Kemudian aku mendapat tahu dia bertanding dalam pilihanraya bagi Dewan Undangan Negeri atas tiket PKR. Tapi kalah. Setiap kali aku ke Sabah aku cuba menjejaki dia tetapi tidak berhasil. Kini dia berdiri di hadapan aku.

Kami tidak dapat berbual panjang. Aku mendapat tahu isterinya telah meninggal dan dia telah berkahwin semula. Anaknya yang sulong kini bertugas sebagai pegawai perubatan dan berkahwin dengan seorang pegawai perubatan juga. Anaknya yang kedua bertugas sebagai Pegawai Undang-Undang di Jabatan Kerja Raya. Anak beliau yang lain masih belajar. Aku hendak balik ke Pulau pinang sementara dia pula bersama anak menantu dia. Akhirnya kami berpisah dengan harapan berjumpa lagi.