Jumaat, Disember 04, 2009

CERITA SEORANG KAWAN LAMA



Dia adalah kenalan biasa. Aku tidak pernah menyintainya! Sumpah! Namun, kalau ada orang mengatakan aku menyintainya, aku tidak mampu menafikannya. Mungkin aku yang perasaan ada orang mengata aku bercinta dengan dia. Tapi aku ada juga mendengar dari kawan-kawan lain yang aku bertunang dengan dia. Hehehe...hehehe....

Memang aku ada sesekali terjumpa dengan dengan di perpustakaan dan lepas itu kami pulang dari perpustakaan bersama-sama. Memang aku pernah menemani dia menziarah rumah kawan-kawan kami semasa sambutan Aidilfitri. Aku tidak nafikan aku gembira berkawan dengan dia. 

Malangnya, hubungan kami sebagai kawan berakhir begitu sahaja. Hati aku terguris dengan sikap dia pada saat-saat berakhirnya persahabatan kami. Dia melanjutkan pengajiannya keluar negara. Dia melanjut pengajiannya di Peranchis dalam bidang pengurusan hotel.  Dan aku... Aku gagal mendapat tawaran untuk melanjut pengajian aku. Permohonan aku untuk melanjut pengajian di Institut Teknologi Mara gagal. 

Aku masih ingat aku dan dia berada dalam kereta kawanku. Aku duduk di sebelah pemandu. Sementara dia duduk di belakang. Kami sama-sama dalam perjalanan ke suatu program. Kemudian dia memaklumkan kepada kawanku berita gembira tentang tawaran yang beliau terima untuk mengikuti pengajian di Peranchis. Aku terkedu mendengar berita itu. Tak sepatah kata pun dia ucapkan apa-apa padaku ketika itu. Seolah-olah dia tidak kenal aku. Aku macam kayu mati sahaja pada ketika itu. Macam aku tidak wujud ketika itu. 



Entah beberapa lama aku tidak mendapat khabar berita tntang dia.


Bila aku kembali ke Pulau Pinang, aku sesekali terserempak dengan dia. Aku pernah ternampak dia bersama suami dia di pasar Batu Lancang. Muka dia selamba bila dia memandang aku. Mungkin dia sudah tidak kenal aku lagi. Bisik aku.

Mungkin ketentuan tuhan untuk menemukan aku dengan dia secara bersemuka. Ketika itu aku ada menganjurkan kursus di Hotel Vistana. Salah seorang peserta kursus itu dia. Semasa waktu makan tengah hari, dia datang dan berbual dengan aku. Dia memperkenalkan semula dirinya. Aku hanya sekadar mendengar. Tidak berminat langsung untuk aku mendengar perbualannya. Pengajian dia setakat diploma sahaja dan kini dia berminat untuk melanjut pengajiannya.

Aku dengar dia telah bercerai dengan suaminya. Apa yang hendak aku kata...Jodohnya setakat itu. Tapi status jandanya tidak lama. Aku dengar dia kini berkahwin lagi. Baguslah.  Aku tumpang gembira. Semoga dia akan terus bahagia...


selamat kau berbahagia
aku ucapkan kepada mu...!