Selasa, Disember 01, 2009

KELUARGA ZOLKIFLI YAAKOB BERKUMPUL DI TROLAK

Izinkan aku memperkenalkan ahli keluarga aku melalui entri kali ini. Pada cuti Aidiladha baru-baru ini, kami telah berkumpul di Felda Residence Trolak pada 28 November 2009. Tempat ini dahulunya ialah Institut Pembangunan Tanah FELDA. Aku pernah tinggal di sini sejak tahun 1978 hingga 1994. Aku berugas sebagai Pembantu Penyelidik di sini. Aku pindah keluar untuk melanjut pengajian aku di Universiti sains Malaysia. Aku berhasrat untuk kembali berkhidmat dengan FELDA tetapi aku menerima tawaran yang lebih baik dari USM selepas tamat pengajian. Aku terus menerima tawaran tersebut dan meninggal perkhidmatan aku dengan FELDA. Aku bangga kerana dapat berkhidmat dengan FELDA.

Di sinilah, aku memulakan kehidupan sebagai seorang suami. Di sinlah aku membesarkan anak-anak aku. Di sinilah aku bertemu dengan rakan-rakan sekerja yang saling bekerjasama mencapai sasaran yang ditetapkan. Dan di sinilah aku hidup dengan jiran-jiran yang susah sama susah dan senang sama senang. Di sinilah aku mengenal erti perjuangan untuk mencapai kejayaan hidup.

Kami berkumpul di sini untuk melihat dan mengimbau kembali suka duka ketika kami tinggal di sini. Anak-anak aku ingin melihat tempat mereka membesar. Anak-anak aku ingin melihat rumah tempat mereka berteduh. Begitu indah sekali. Sayang, tidak seorang pun lagi kenalan lama yang masih menetap di sini kecuali kak Habsah Abdul Samad. Insya Allah, semoga, kami akan dapat berkumpul di sini lagi.

Diam-diam aku pendamkan harapan agar FELDA membuka semula Institut pembangunan tanah yang pada suatu masa cukup tersohon dengan kegiatan dan program latihannya.



Rumah persinggahan di FELDA Residence Trolak


Hadapan - Sara, Fazilah, Siti (emak)    Belakang - Zuriati, Zuqisti, Zuyanti dan Sofia


Duduk- Zulkarnain, Zolkifli, Zulfadli           Berdiri- Shahir, Tarmizi, Saiidi