Ahad, Disember 06, 2009

JANGAN SALAH FAHAM...

Bila seorang penulis itu menulis tentang angkasa lepas, apakah dia sudah pernah mengembara ke angkasa lepas?

Bila seorang penulis itu menulis tentang kematian, apakah dia sudah melangkah ke alam barzakh?

Apabila seorang penulis itu menulis tentang cinta, ini tidak bermakna penulis itu sedang dilamun cinta.



Beberapa entri lepas, aku ada menulis tentang cinta. Malangnya ada orang salah faham dan heboh kononnya yang aku sedang bercinta! Akibatnya ada orang mula menarik muka panjang, menjerok hati dan memendam rasa seolah-olah aku sudah melakukan dosa yang cukup besar.

Susah bila ada orang yang tidak mengerti!

Dulu aku rajin menulis skrip drama, sajak dan cerpen. Nasib baik ketika itu orang tidak salah faham maksud yang ingin aku ketengahkan. Jika tidak, entahlah.