Jumaat, Mei 08, 2009

ZULKARNAIN, SELAMAT HARI JADI...

Pada 8 Mei 26 tahun lalu, aku sangat gembira kerana isteriku telah melahirkan anak lelaki dan merupakan anak kedua. Aku dapat anak lelaki! Aku beri nama anak itu Zulkarnain. Zukarnain dilahirkan di hospital Tapah, Perak.

Aku bertekad supaya isteriku bersalin di Perak bukan di kampung halaman kami di Pulau Pinang. Anak sulong kami perempuan dan dilahirkan di Pulau Pinang.

Akulah yang mengurus rawatan isteriku selepas dia bersalin. Zulkarnain dan mak Zulkarnain, aku yang mandikan. Aku juga tungku dan mengubat luka isteri aku. Aku juga yang mencuci dan menanam uri. Orang-orang tua ada menyatakan, anak yang dilahirkan akan mengikut perwatakan orang yang menanam urinya, mungkin kebetulan, Zulkarnain banyak mengikut perwatakan aku. Aku kidal dan Zulkarnain juga kidal. Sama-sama kepala angin. (Terima kasih kepada "Pak Mokhtar letrik" dan isteri yang memberi petua tentang cara menanam uri. Entah di Pak Mokhtar sekarang? Mungkin di Muar. Pak Mokhtar asal dari Muar)

Sejak Zulkarnain masih bayi lagi aku sentiasa berdoa agar Zulkarnain bila dewasa menjadi sesorang yang hebat. Bukan hebat macam Mawi atau Nabil. Tapi macam Tun Mahathir.

Aku masih ingat lagi ketika kami berjalan pulang dari surau dalam kegelapan malam selepas solat isyat, aku nasihat kepada Zulkarnain untuk berjalan atas jalan tar dan bukan di atas rumput tebing jalan, takut kalau-kalau ada ular. Maklumlah, malam gelap tidak nampak apa yang ada di tebing jalan. Macam kemalrin sahaja perkara itu berlaku. Ketika Zulkarnain baru mencecah umur 5 tahun.

Zulkarnain ke tadika dengan basikal kecil yang aku beli di pekan Sungkai. Aku ada terima aduan yang Zulkarnain tidak masuk kelas tetapi naik baskal keliling tadika.

Aku masukkan Zulkarnain ke Sekolah Kebangsaan Sungkai. Tidak ada sekolah lain sekitar itu. Kecuali sekolah rendah di rancangan Felda Trolak Utara. Aku hantar ke sekolah rendah di Sungkai kerana ada bas sekolah dari tempat kediaman kami ke sekolah di Sungkai. Kami sewa bas Mogah.

Apabila aku berpindah ke Pulau Pinang, Zulkarnain meneruskan persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Gelugor. Kemudian dia meneruskan persekolahnya di Sekolah Menengh Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad.

Zulkarnan pernah berlakon dalam filem "Anna And The King". Sebagai pelakon tambahan saja. Hasil pendapatan dari lakonan itu, dia beri kepada emak dia. Aku tak ingat sama ada dia ada bagi pada aku tak. Tapi aku ingat dia belanja kami makan ikan bakar di Telok Tempoyak. (Sebenarnya, aku tidak setuju Zulkarnain berlakon walau pun sebagai pelakon tambahan)

Ada juga detik-detik di mana Zulkarnain mengecewakan aku. Tak payahlah aku cerita.

Harapanku agar Zulkarnain akan menjadi anak yang boleh aku bergantung hidup bila aku sudah tua dan uzur nanti. Aku berharap dia akan membelai dan menjaga aku bagaimana aku menjaga dan membelai kedua ibubapaku.

Pesanku kepada Zulkarnain, dunia ini adalah penjara orang-orang mukmin....!

Zulkarnain, selamat hari jadi !