Rabu, Mei 13, 2009

PEKERJA BIADAP SYARIKAT RUGI


Izinkan aku meluahkan rasa terkilanku terhadap beberapa orang pekerja kontrak dari syarikat Evergreen.

Pagi tadi, aku pergi ke kantin Bakti untuk minum pagi. Lama aku tidak ke kantin ini. Di sana aku berjumpa dengan beberapa orang staf dari CEMACS. Aku bertanya khabar.

Di situ, terdapat pekerja kontrak sayarikat Evergreen yang sedang menjamu selera. Mereka mengajuk-ngajuk perbualan aku dengan rakan-rakan staf tadi. Kemudian mereka berderai ketawa kesukaan. Aku ingin nyatakan bahawa kelompok pekerja ini merupakan kelompok manusia yang tidak ada berbudi bahasa..

Kalau nak cari makan, jagalah tingkah laku. Kalau dah biadap, orang pun meluat untuk menggunakan perkhidmatan syarikat kamu. Bila orang meluat hendak menggunakan syarikat kamu, syarikat kamu akan kurang pelanggan. Mungkin syarkat kamu akan rugi. Bila syarikat kamu rugi, kamu pun kena berhenti kerja hanya kerana kamu biadap.