Sabtu, Mei 23, 2009

PENGGUNAAN BEKAS POLISTERINA DAN BEG PLASTIK DI PUTRAJAYA

22 Mei 2009 lalu aku ke Putrajaya kerana menghadiri suatu mesyuarat. Aku kagum dengan keindahan dan pembangunan Putrajaya. Tapi jika disuruh aku bertugas di sini, minta maaf sajalah...

Bangga dengan keindahan Putajaya.
 Mesyuarat di Putrajaya

Aku sampai ke tempat mesyuarat awal pagi. Mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi tapi jam Casio Mudman di tangan aku menunjuk pukul 8.15 pagi. Masih ada masa untuk minum pagi. Aku ke kantin yang terletak di tingkat 2 di bangunan bersebelahan tempat aku nak bermesyuarat.

Aku lihat ramai orang masih makan minum di kantin walau pun jam menunjuk pukul 8.20 pagi. Pukul berapa mereka mula bekerja? Bisik hatiku.

Aku lihat ada yang merokok di luar kantin. Patutlah sesak nafas bila lalu masuk kantin tadi. Boleh merokok di kantin dalam komplek kerajaan?

Aku dapati bekas polisterina dan beg plastik diguna secara meluas di kantin Putrajaya. Ramai staf perempuan di sini yang beli makanan dan minuman untuk dibawa balik di makan di pejabat. Makanan dan minuman yang dibeli itu dibungkus atau dibubuh dalam bekas polisterina atau plastik.


Selepas mesyuarat sekitar jam 12.30 tengah hari, aku keluar menunggu teksi. Di luar bangunan tempat aku bermesyuarat tadi, terdapat beberapa banner digantung. Banner-banner ni digantung di sekeliling bulatan. Semak jadinya. Hilang seri Putrajaya.


Banner yang direntang di sekeliling bulatan

Aku berpendapat, banner ini tidak perlu pun dibuat dan digantung. Membazir saja. Malah menyumbang kepada pencemaran nanti. Sebagai ganti, baik pasang digital board sebagai saluran menyampai maklumat. Barulah canggih.Alangkah indahnya kalau Putrajaya turut disejahterakan tanpa "white coffin", beg plastik, banner,....