Aku minat membaca blog. Tidak kira apa jenis blog. Tidak kira siapa penulis blog berkenaan. Sama ada penulis tempatan atau penulis luar. Blog Profesor Madya Lee Lik Meng yang aku paling minat. Terbaru, aku terpanggil untuk membaca blog Dr. Hasanah. Itu pun setelah aku mendengar Dr. Hasanah beberapa kali bercakap tentang blog beliau. Selepas membaca blog Profesor Madya Lee Lik Meng dan blog Dr. Hasanah, aku fikir aku pun patut mengadakan blog aku sendiri.
Aku cuma sekadar ingin merakamkan catatan perjalanan hidupku. Aku ingin merakamkan apa yang terfikir dibenakku terhadap apa yang aku lalui.
Aku ingin catatanku ini ditatapi oleh warga dunia (?). Setidak-tidaknya, memadailah catatanku menjadi tatapan anak cucuku pada kemudian hari. Aku harap mereka akan mengerti apa yang tersirat di benak fikiranku.
Entah, pada waktu ini, banyak yang bermain-main di kotak fikirku. Cuma aku tidak dapat mencatatkan apa yang berserabut di kotak fikirku. Mungkin aku cepat berfikir tetapi lambat mencatat.
Walau apapun, kita akan melalui perjalanan hidup ini sekali sahaja. Oleh itu, kita perlu berhati-hati ketika mengatur langkah mengharungi perjalanan hidup ini. Kalau rebah, bangun dan terus mengatur langkah. Percayalah, kadang kala tidak ada sesiapa yang akan menghulur tangan untuk membantu kita. Namun, hidup kita akan lebih bermakna kalau kita yang menghulur tangan membantu kawan-kawan dan orang di sekeliling kita.