Selasa, Mei 26, 2009

BEKAS MINUMAN PLASTIK

Aku tidak bersetuju bekas minuman plastik digunakan. Namun tidak ada sesiapa pun yang peduli dengan apa yang aku setuju dan apa yang aku tidak setuju. Aku kira pandanganku tidak mengugat ekonomi atau politik negara. Aku ni ibarat anjing menyalak bukit.
.
Faktor utama yang buat aku tidak setuju bekas plastik untuk mengisi minuman ini terus digunakan ialah pengguna tidak mempunyai kesedaran dan tanggung jawab untuk membuang bekas plastik ini dengan cara yang betul. Mereka sangkut pada tempat mereka suka dan biarkan untuk manusia lain membuangnya. Sikap mereka sangat menjengkelkan.





Isnin, Mei 25, 2009

CENDOL ENCIK ABDUL AZIZ!

Encik Abdul Aziz berniaga cendol berhampiran masjid Seberang Jaya

25 Mei 2009. Hari gaji! Tapi awal-awal pagi lagi, aku dah bergegas ke Kampus Kejuruteraan. Kena bagi ceramah.

Slot ceramah aku bermula pada jam 8.30 pagi. Dua jam bercakap tanpa henti. Dua jam dok pot-pet pok pet. Kering tekak. Habis sahaja slot aku, aku berjumpa dengan Encik Roslan Shuaid, pegawai besar di sini. Aku bertanya khabar. Bincang bab kerja. Hampir 11.30 pagi, aku terus pulang.
.
Aku pandu perlahan-lahan sahaja. Sampai Seberang Jaya sekitar 12.15 tengah hari. Aku singgah di astaka berhampiran masjid Seberang Jaya. Tinjau gerai mee rebus Pokok Ceri. Alamak, kedai mi rebus Pokok Ceri tutup pula. Kempunan nak makan mi rebus dan cendol mamak ni. Aku buat keputusan untuk terus balik.

Semasa melalui jalan sisir di hadapan pintu masuk masjid Seberang Jaya, aku ternampak kereta tolak dan terpampang papan tanda tercatat cendol pulut pada kereta tolak tu. Aku perlahankan kereta dan belok hampiri tepi jalan. Tanpa turun dari kereta, aku minta semangkok cendol dari penjual cendol. Harga baru RM1.40. Selepas cendol dihidangkan, apa lagi, aku makan cendol dengan lahap. Selepas semagkok, aku minta semangkok lagi. Cendol mangkok kedua ni pun licin aku makan. Kenyang makan cendol hari ni.

Encik Abdul Aziz menanti palanggan

Encik Kacang... @ Mr Bean

Aku sempat juga berbual dengan Encik Abdul Aziz, peniaga cendol ni. Encik Abdul Aziz gembira berniaga cendol berhampiran pintu masuk masjid Sebarang Jaya ni. Pendapatan dari hasil jualan cendol boleh tahan. Apa yang lebih mengembirakan Encik Abdul Aziz, pihak berkuasa tempatan tidak menganggu beliau berniaga. Pernah penguat kuasa dari pihak berkuasa tempatan datang, tetapi sekadar menjemput beliau ke pejabat mereka. Kecut perut beliau takut-takut disaman atau dilarang berniaga cendol. Sebaliknya apabila sampai di pejabat mereka, Encik Abdul Aziz diajak berbincang supaya menjalankan perniagaan secara berhemah iaitu mengambil lesen yang perlu, menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Alatan berniaga disusn rapi.

Enck Abdul Aziz tidak sangka beliau akan dilayan dengan begitu tertib dan mesra sekali, Bila beliau melangkah keluar dari pejabat pihak berkuasa tempatan berkenaan, beliau bertekad untuk membalas budi baik pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan mematuhi peraturan dan saranan mereka.
.
Aku kira, pihak berkuasa tempatan lain patut mencontohi pihak berkuasa tempatan ini. Aku mendapat tahu mutu perkhidmatan pihak berkuasa tempatan ini sangat cemerlang. Tahniah MPSP!
.
Aku cuma doa agar perniagaan Encik Abdul Aziz terus maju. Mari kita pakat ramai-ramai sokong kawan-kawan kita berniaga secara kecil-kecilan begini. Kalau kita tidak bantu dan sokong mereka, siapa lagi nak bantu dan sokong mereka.
.
(Aku nak bawa kawan aku yang tinggal di hadapan masjid Seberang Jaya, makan cendol di sini nanti. )

Sabtu, Mei 23, 2009

PENGGUNAAN BEKAS POLISTERINA DAN BEG PLASTIK DI PUTRAJAYA

22 Mei 2009 lalu aku ke Putrajaya kerana menghadiri suatu mesyuarat. Aku kagum dengan keindahan dan pembangunan Putrajaya. Tapi jika disuruh aku bertugas di sini, minta maaf sajalah...

Bangga dengan keindahan Putajaya.
 Mesyuarat di Putrajaya

Aku sampai ke tempat mesyuarat awal pagi. Mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi tapi jam Casio Mudman di tangan aku menunjuk pukul 8.15 pagi. Masih ada masa untuk minum pagi. Aku ke kantin yang terletak di tingkat 2 di bangunan bersebelahan tempat aku nak bermesyuarat.

Aku lihat ramai orang masih makan minum di kantin walau pun jam menunjuk pukul 8.20 pagi. Pukul berapa mereka mula bekerja? Bisik hatiku.

Aku lihat ada yang merokok di luar kantin. Patutlah sesak nafas bila lalu masuk kantin tadi. Boleh merokok di kantin dalam komplek kerajaan?

Aku dapati bekas polisterina dan beg plastik diguna secara meluas di kantin Putrajaya. Ramai staf perempuan di sini yang beli makanan dan minuman untuk dibawa balik di makan di pejabat. Makanan dan minuman yang dibeli itu dibungkus atau dibubuh dalam bekas polisterina atau plastik.


Selepas mesyuarat sekitar jam 12.30 tengah hari, aku keluar menunggu teksi. Di luar bangunan tempat aku bermesyuarat tadi, terdapat beberapa banner digantung. Banner-banner ni digantung di sekeliling bulatan. Semak jadinya. Hilang seri Putrajaya.


Banner yang direntang di sekeliling bulatan

Aku berpendapat, banner ini tidak perlu pun dibuat dan digantung. Membazir saja. Malah menyumbang kepada pencemaran nanti. Sebagai ganti, baik pasang digital board sebagai saluran menyampai maklumat. Barulah canggih.Alangkah indahnya kalau Putrajaya turut disejahterakan tanpa "white coffin", beg plastik, banner,....

Isnin, Mei 18, 2009

LAGI KES BUANG BAYI

Tanggal 18 Mei 2009 jam 8.30 pagi, aku menyampaikan ceramah kepada khalayak warga staf yang baru dilantik, terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional. Peserta hampir 40 orang.

Aku ambil kesempatan dengan melontarkan sebuah soalan sebelum aku mulakan ceramah. Soalan berdasarkan berita yang disiarkan oleh Buletin TV3 jam 8.00 malam 17 Mei 2009. Berita tentang seorang bayi yang baru 6 jam lahirkan kemudian dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam tong sampah.

" Malangnya nasib kami jika dilahirkan oleh seorang ibu yang tidak mempunyai perikemanusiaan... "

Selepas mendengar berita itu, aku pasti ramai yang mengucap cicak. Ramai yang mengetap bibir menahan marah. Ramai yang kecewa dengan kekejaman manusia yang sanggup membunuh bayi tersebut.


Berilah kesempatan pada aku untuk hidup...

KOSMO tanggal 15 Mei 2009 ada melaporkan di Sungai Petani seorang wanita Melayu ditahan polis kerana menyembunyikan kematian bayi yang baru beliau lahirkan dengan membalut mayat bayi tersebut dengan kain dan disembunyikan di bawah katil.


Mayat bayi yang dibuang (Pemilik gambar- mohon izin menggunakan gambar sebagai hiasan )

Entah sudah berapa banyak berita tentang kekejaman terhadap bayi yang baru dilahirkan dibuang begitu sahaja disiarkan. Dan berita-berita ini akan terus terpampang menghiasi hidup kita.

" Seorang perempuan muda datang berjumpa kamu dengan bayi yang baru dilahirkan. Beliau meminta pertolongan. Beliau ingin mendapat tempat tinggal sehingga kesihatan beliau pulih selepas bersalin. Beliau juga ingin mendapat bantuan supaya kamu mengurus bayinya ...? Aku menarik nafas sambil memandang keliling Dewan Persidangan tempat aku bagi ceramah. Aku pandang muka peserta-peserta kursus.

" Apakah, kamu sanggup bantu perempuan muda itu...? Aku menghabiskan pertanyaanku.

Beberapa minit berlalu. Tidak ada respon dari para peserta.

Kita hanya pandai mengutuk, memaki seranah manusia yang kejam ini tetapi kita tak mampu menghulur tangan, membimbing dan membantu mereka. Dalam kebuntuan menyelesai masalah, mereka mudah hilang punca. Antara maruah, dosa dan keperluan untuk meneruskan hidup, aku kira mereka pilih jalan keluar dengan membuang saja bayi berkenaan.

Aku agak kita lebih suka menghukum daripada suka membantu!

Bulan sudah aku ke Hospital Bersalin Pulau Pinang kerana ada urusan di sana. Aku turut bertanya kepada jururawat bertugas tentang jumlah anak luar nikah yang dilahirkan di situ. Aku diberitahu, purata setiap bulan terdapat tiga kes.

Jawapan dari pihak tertentu, ala, ini kes terpencil. Tidak ada apa-apa signifikan pun !

Pokok pangkalnya, maksiat di sekeliling berleluasa. Apakah kita mampu membendung maksiat ini?

Dewasa ini, kita hanya sekadar mampu mengeleng-ngeleng melihat maksiat di hadapan mata kita. Kalau kita dah tidak mampu membenteras masiat yang berleluasa, kita kena lakukan sesuatu untuk membantu mereka yang sudah terlanjur. Kalau tidak, kekejaman membunuh bayi akan terus menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita. Malangnya tidak ramai yang ingin membantu mereka ini.

Apa yang aku tahu ada kalangan bukan orang kita yang ada telah beberapa kumpulan sukarela yang tersusun dan sistematik membantu mereka yang terlanjur dengan menawarkan tempat tinggal, makan minum dan rawatan selepas bersalin. Mereka juga mengurus bayi yang baru dilahirkan. Tapi kita....?

Dulu ada kempen sebuah keluarga, seorang graduan. Takut pula nanti jadi sebuah keluarga seorang anak luar nikah. Harga barang kian meningkat, malang pula kos maruah kita kian menurun, merudum dan jatuh mencecah harga sifar. Macam-macam pesta jual murah, karnival potongan harga diadakan yang secara tidak langsung menawarkan maruah bangsa dan agamaku.

Petikan dari Kosmo bertarikh 15 Mei 2009 :
"Sorok mayat bayi bawah katil
Oleh OTHMAN YAHAYAothman.yahaya@kosmo.com.my
SUNGAI PETANI - Misteri bau busuk yang dihidu oleh sebuah keluarga selama dua hari di rumah mereka terjawab dengan penemuan mayat bayi lelaki yang mulai reput di bawah katil anak perempuan mereka di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau di sini malam kelmarin.
Lebih mengejutkan apabila mereka mendapati mayat bayi yang sempurna sifatnya itu dilahirkan oleh anak perempuan kedua mereka yang berusia 27 tahun.
Kejadian itu terbongkar apabila pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menyerbu rumah berkenaan, petang semalam ekoran laporan Hospital Sik yang meragui penjelasan wanita itu ketika dia mendapatkan rawatan di hospital itu.
Difahamkan, keluarganya tidak perasan anak mereka yang bekerja sebagai operator kilang itu mengandung memandangkan badannya yang agak gempal dan sikapnya yang pendiam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, wanita itu melahirkan bayi tersebut seorang diri di dalam biliknya pada 11 Mei lalu. "

Apakah erti masjid yang tersergam indah kalau iman orang Islam semakin terhakis? Yang ramai terlibat dalam kes buang bayi ialah orang yang sama agama dan bangsa dengan aku...

Sabtu, Mei 16, 2009

BENGKEL KEMUDAHAN PERUBATAN STAF

Bengkel Kemudahan Perubatan Warga USM telah diadakan pada 14 Mei hingga 16 Mei 2009 di Hotel Hydro Majestic, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju dan Jabatan pendaftar Kampus Kejuruteraan.

Tujuan utamsa bengkel ialah bagi menjelaskan dan menyelaras skim perubatan staf dengan mengambil kira keperluan peralatan implan, pergigian dan proses aliran urusan skim perubatan sebelum ianya diserahkan kepada Pusat Sejahtera.


Urusetia Bengkel - terima kasih kerana layanan yang cukup baik

Peserta boleh makan selepas buat pendaftaran

" bengkel aku kena hadir, mesyuarat pun aku kena hadir, mana patut aku pergi?". Tuan Haji Anuar Ibrahim.

takkan ni saja yang tinggal...

ni baru pembasuh mulut, ada banyak lagi...!

Maka Tuan Haji Azman pun melafazkan " saya rasmikan bengkel ini..."

" Dengar-dengar, saya nak bagi taklimat tentang bengkel ini" .

" awak faham tak taklimat saya tadi...?"

Encik Mohd Azlan Ashaari menguruskan kemudahan perubatan staf sejak tahun 2002 lagi

" cadangan untuk mengadakan insuran perubatan ni dibangkitkan semasa MBJ, ianya bukan cadangan saya...". Encik Rafizal Abdul Rahim menjelaskan.

Tuan Haji Yusoff Abdullah wakil dari Kampus Kesihatan

Encik Hamid Majid wakil dari Institut Pengajian Siswazah

Encik Dzulkanain Ibrahim wakil KKA

Encik Ahmad Shaharil dan Encik Azhan, gadingan pegawai lama dan pegawai baru Pusat Sejahtera

Cik Phoon Sook Ching wakil dari Kelab Jasa Budi

Encik Mohd Naser dari PPKT

Semua peserta bengkel mesti turun untuk regangan

Tuan Syed Ahmad Kamil dari Jabatan Bendahari HUSM ada cadangan bernas untuk menjimatkan kos perubatan

Encik Dharmaraj yang membantu menguruskan kemudahan perubatan staf

" hidup mesti sihat lol...".

" kalau berani, maila...!" Encik Azlan, ni masa regangan bukan silat...

Dr. Menal A. Hamdi, Pegawai Perubatan di Kampus Kujuruteraan

Tuan Haji Wan Suyuti dari HUSM dengan gaya tersendiri

" maka, perbincangan kumpulan pun dimulakan..." Kata Tuan Haji Anislan Yusof.

Prof. Madya Nor Azam Ramli wakil dari PKAP ( kanan sekali ).

Pegawai dari Bridged Tengah dan Pegawai dari Briged Utara turut hadir bagi menjaga keselamatan peserta

Tuan Haji Azman Abdullah dan Tuan Dr. Haji Ramli Saad

Tuan Haji Zainol Abidin menyerahkan hasil kerja kumpulan beliau - Peralatan Implan

Encik Mohd Naser pula menyerahkan hasil kerja kumpulan beliau - Isu Teknologi Maklumat

Encik Azlan Ashaari tidak ketinggalan untuk menyerahkan hasil kerja kumpulan beliau - Isu-Isu Kurang Jelas Dalam Skim Perubatan

" awatla lambat sangat depa nak balik, mengantuk ni..."

" Lepas ni, bertambahlah beban kerja di Pusat Sejahtera. Tak pa, tak pa..."

" time nak guna, microphone ni rosak pula...".

"terima kasih semua, terima kasih, terima kasih...".


Tuan Haji Azman Abdullah juga telah merasmikan penutupan bengkel ini. Dalam ucapan beliau, Tuan Haji Azman merakamkan terima kepada semua yang menjayakan bengkel ini terutama kepada Tuan Dr. Haji Ramli Saad, Pengarah Institut Perubatan dan Pergigian Termaju kerana sudi membiayai bengkel berkenaan


(maaf, tak larat nak karang panjang-panjang kali ni. Memadailah aku upload gambar-gambar bengkel. Terima kasih kepada Tuan Haji Ramli Mhd Mehat kerana mengucapkan terima kasih kepada aku.)