Bila Suzanna lapor diri, aku mohon Suzanna membantu aku menerbit Buletin Antara Kita. Aku kira aku cukup bertuah kerana Suzanna banyak membantu aku ketika itu.
Suzanna bekerja dengan aku tidak lama. Selepas tempat kerja aku mengalami proses transformasi, aku dipindahkan ke tempat baru. Dua orang Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) lain turut ditukar bersama aku. Tapi Suzanna dikekalkan di tempat lama.
Baru-baru ini semasa konvokesyen, aku berjumpa Suzanna di bilik jubah. Suzanna sibuk bertugas sebagai sekretariat stage party. Semasa antara sidang konvo tu, aku sempat berbual dengan Suzanna yang berjanji untuk belanja aku makan. Suzanna merupakan staf kedua berjanji belanja aku makan. Sambil berbual itu, aku berjanji untuk menulis sesuatu tentang Suzanna pada blog aku nanti. Suzanna tersenyum setuju.
SUZANNA...
Setiap langkah mu ada erti
untuk kau merencana esok hari
zakiah daki di hati
alih paksi kehidupan ini ke hadrat Ilahi
nescaya kebahagian hakiki pasti menanti
namun usahalah dari hati ke hari
Allah juga menentu janji...
Sidang ke-7
Konvokesyen ke-40
DTSP
USM
Suzanna telah pun berkahwin dengan Soffian dan dikurnia seorang putera dan tiga orang puteri. Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kebahgiaan yang tidak berbelah bagi kepada Suzanna dan Soffian.
Terima kasih Suzanna...