Khamis, Ogos 20, 2009

KONVOKESYEN ANAK-ANAK

Akhirnya anak-anak lelaki aku telah menamatkan pengajian diploma mereka dan telah menerima diploma masing-masing pada konvokesyen Kolej Teknologi Pulau yang diadakan pada 16 Ogos 2009 yang lalu.
.
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana anak-anak lelaki aku mahu meneruskan pengajian dan berjaya dalam pengajian mereka. Tahniah kepada Zulkarnain dan Zulfadli. Aku berharap sangat mereka meneruskan pengajian mereka pada peringkat sarjana muda pula.
.
Aku kira masalah besar yang sedang dihadapi ibu bapa masa kini ialah bagaimana memujuk atau mengurus agar anak-anak lelaki meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi. Banyak faktor penolak dan faktor penarik yang membuat anak-anak lelaki tidak minat untuk belajar. Dewasa ini, ketara sekali jumlah anak-anak lelaki mengikuti pengajian tinggi.

Aku mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf akademik dan staf pengurusan Kolej Teknologi Pulau, Pulau Pinang kerana mendidik anak-anak aku. Lebih-lebih lagi penghargaan aku kepada Dato' Siti Mazenah Saad, Presiden kolej tersebut.
.
Tahniah kepada semua atas peganjuran konvokesyen kali kesembilan Kolej Teknologi Pulau!