Nasi minyak, nasi tomato dan entah apa lagi nasi
yang dihidang semasa kenduri perkahwinan.
Semasa kenduri kahwin saudara aku, (sebenarnya kenduri pernikahan sebab bab kahwin kena buat sembunyi-sembunyi), aku turut membantu memasak. Masak memasak lauk pauk dibuat secara gotong royong. Tapi saudara aku ini jemput seorang saudara kami yang pakar masak lauk kenduri untuk mengetuai gotong royong ini.
Semasa memasak nasi minyak, aku nampak tukang masak yang didatang khas itu, mencampurkan air mawar ketika nasi sedang ditanak. Tujuan beliau mencampurkan air mawar kepada nasi yang sedang ditanak itu supaya nasi itu menjadi wangi.
Aku pun mengambil botol air mawar dan membaca labelnya yang berwarga unggu. Pada laberl tersebut tercatat "Racun, bukan untuk dimakan".
Lantas aku menegur tukang masak kenapa beliau mencampur air mawar beracun dengan nasi minyak. Tukang masak itu memaklumkan bahawa beliau berpengalaman memasak bertahun lamanya dan tidak ada orang yang mati kerana makan nasi minyak yang dicampur air mawar tersebut.
Berdesing telinga aku mendengar hujah beliau.
Beberapa orang lain yang membantu memasak turut menyampuk " Ala, air mawar sebotol tidak memberi kesan dengan nasi seperiok besar tu".
Lepas itu, aku tidak makan nasi minyak yang dimasak oleh tukang masak itu. Sikap tukang masak tu dan pembantu-pembantu beliau membuat aku meluat kerana tidak mempedulikan kesihatan orang ramai.
Jadi, kawan-kawan di luar sana, berhati-hati ketika hendak menjamah nasi kenduri. Anda mungkin makan nasi minyak atau nasi tomato yang dicampur dengan air mawar yang beracun.