Sambutan awal Muharam merupakan sambutan tahun baru kalendar Islam. Pada tahun 2009, awal Muharam jatuh pada 18 Disember 2009. Pada tarikh tersebut aku berada di Bandar Baru Bangi. Aku berada di sana untuk menguruskan pembaikan kereta aku yang rosak. Selepas mengambil kereta aku yang telah dibaiki di Mighty Global Honda Service Centre di Sri Kembangan, aku terus memandu ke rumah adik aku di Bandar Baru Bangi.
Aku mesti sampai rumah adik aku sebelum Maghrib. Aku berhajat sangat untuk menyambut awal Muharam dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Aku berhajat sangat untuk menunai solat sunat sempena sambutan tahun baru ini.
Selepas sampai di rumah adik aku, aku terus mandi dan mengemas diri untuk ke masjid. Selepas mendapat panduan untuk ke masjid di situ, aku pun memandu kereta yang baru dibaiki ke masjid. Malangnya aku tidak berjumpa dengan masjid di kawasan perumahan di situ. Aku jumpa surau. Tanpa memikir panjang, aku masuk ke dalam surau setelah memberhentikan kereta di kawasan yang aku kira cukup selamat.
Itulah kali pertama aku melangkah masuk ke surau yang dilengkapi dengan hawa dingin. Nyaman sekali. Bila masuk waktu, kami pun mengerjakan solat Maghrib. Lepas itu, makmum bersurai. Aku terpinga-terpinga. Tak ada ada bacaan doa akhir tahun atau doa awal tahun.
Dengan hati yang agak kecewa, aku memandu balik ke rumah adik aku. Dalam perjalanan balik, aku terdengar suara orang bersorak dari kawasan flat di situ. Aku lupa, malam itu ada perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Vietnam sempena sukan SEA. Patutlah tidak ramai orang di masjid walau pun tahun baru. Rupanya, ada tarikan yang lebih hebat.
Malam 31 Disember 2009. Jam hampir 11.55 malam. Dari tingkap bilik tidur aku, aku nampak deretan kereta di jalan hadapan rumah aku. Kenderaan di jalan raya bertali arus. Langit cerah. Bulan mengambang.
Tepat pukul 12 malam, terdengar bunyi letupan. Jiran-jiran di hadapan rumah aku riuh rendah. Terdengar sorakan "Happy New year". Dentuman bunyi mercun dan tembakan bunga api kendengaran sayup dari Padang Kota. Keadaan mula menjadi riuh dengan bunyi hon kenderaan dan sorakan jiran-jiran. Meriah betul sambutan tahun baru masehi ini. Hiburan di TV pula sempena sambutan tahun baru ini sepanjang malam. Persembahan hiburan di merata-rata tempat.
Aku mesti sampai rumah adik aku sebelum Maghrib. Aku berhajat sangat untuk menyambut awal Muharam dengan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Aku berhajat sangat untuk menunai solat sunat sempena sambutan tahun baru ini.
Selepas sampai di rumah adik aku, aku terus mandi dan mengemas diri untuk ke masjid. Selepas mendapat panduan untuk ke masjid di situ, aku pun memandu kereta yang baru dibaiki ke masjid. Malangnya aku tidak berjumpa dengan masjid di kawasan perumahan di situ. Aku jumpa surau. Tanpa memikir panjang, aku masuk ke dalam surau setelah memberhentikan kereta di kawasan yang aku kira cukup selamat.
Itulah kali pertama aku melangkah masuk ke surau yang dilengkapi dengan hawa dingin. Nyaman sekali. Bila masuk waktu, kami pun mengerjakan solat Maghrib. Lepas itu, makmum bersurai. Aku terpinga-terpinga. Tak ada ada bacaan doa akhir tahun atau doa awal tahun.
Dengan hati yang agak kecewa, aku memandu balik ke rumah adik aku. Dalam perjalanan balik, aku terdengar suara orang bersorak dari kawasan flat di situ. Aku lupa, malam itu ada perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Vietnam sempena sukan SEA. Patutlah tidak ramai orang di masjid walau pun tahun baru. Rupanya, ada tarikan yang lebih hebat.
Inilah suasana di negara Islam yang majoriti pemimpinnya orang Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam. Tapi ramai yang gagal menghayati cara hidup Islam. Entah malam itu, berapa ramai pemuda dan pemudi Islam yang tenggelam dalam arus maksiat sempena sambutan tahun baru 2010? Bila orang bukan Islam memperlecehkan orang Islam, kita naik marah sedangkan kita sendiri yang leceh. Tapi ini cuma segelintir saja. Ramai lagi umat Islam di negara ini yang masih mengabdikan hidup dan matinya kerana Allah SWT.