Rabu, Januari 27, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN SUHAIMI DAN FATIMAH NORAZIZAT

Pada Ahad 24 Januari 2010 bertempat di Dewan Taman Tun Sardon, Gelugor Pulau Pinang telah berlangsung majlis perkahwinan anak sahabat aku, Ibrahim Samsudin. Anak kedua Ibrahim, Suhaimi telah melangsungkan perkahwinannya dengan Fatimah Norazizat binti Abd. Wahab.

Aku sampai ke majlis perkahwinan sekitar 2.30 petang. Ibrahim siap menanti di pintu masuk dewan dan terus menjemput aku menikmati hidangan jamuan. Perut pula tengah berkeroncong. Ibarat orang mengantuk disorong bantal, aku pun terus menimati hidangan yang telah siap disaji. Mungkin nasib aku agak baik kerana tidak ramai tetamu ketika itu. Aku tertinjau-tinjau mungkin ada kenalan atau rakan sepejabat yang hadir. Malangnya tidak ramai yang aku kenal.  Mungkin rakan-rakan sekerja telah datang awal-awal tadi.

Selepas makan, aku berjumpa Ibrahim semula. Aku mohon izin untuk mengambil gambar majlis perkahwinan itu. Ibrahim tidak membantah. Malah katanya, paparkan gambar-gambar majlis perkahwinan itu di blog aku. Aku cuma tersenyum. Malangnya, aku tidak dapat merakam gambar pengatin dengan banyak sebab kamera aku buat hal. Aduh, bikin malu kompeni....! Walau apa pun, kepada Ibrahim Samsudian dan isteri beliau, Jamilah Jamaludin, aku ucapkan selamat mendapat menantu. Kepada anak beliau, Suhaimi dan isterinya, Fatimah Norzizat, Selamat Pengantin Baharu...!

pintu gerbang

ibrahim samsudin

ibrahim samsudin dan isteri, jamilah

ibrahim suami isteri menyambut tetamu

cenderamata diberikan kepada tetamu

bakul cenderamata

hantaran

kek perkahwinan

pelamin

pengantin

jamuan