Ahad, Januari 10, 2010

MAKAN TENGAH HARI DI TEPIAN PERMAI

Tengah hari tadi, aku pergi makan di Tepian Permai. Tepian Permai adalah sebuah kedai makan yang  terletak di Permatang Nibong, Permatang Pauh. Entah kenapa aku suka makan di situ. Mungkin, aku suka makan di situ sebab banyak lauk pauk, sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Masakan cara kampung. Makan pun cara kampung. Layanan pekerja pun bagus. Kawasan kedai pun bersih.

Tengah hari itu, aku pergi makan di situ dengan orang yang aku sayangi bersama dengan anak-anak. Aku cukup gembira kerana orang yang aku kasihi dapat mengikuti aku. Beberapa hari tak jumpa dia. Rindu pada dia. Rindu sangat. Memang dia cantik. Pakai pula serba hitam pula. Terselah kecantikannya. 

Kami duduk di sebuah meja di luar bangunan kedai. Di luar suasana nyaman. Redup pula sebab terdapat banyak pokok-pokok besar di sekeliling kedai.

Hari itu, aku makan nasi, ikan bawal dan sayur asin-asin. Memang lauk dan sayur kegemaranku. Selang seli pula dengan ulam dan sambal. Seperti kelaziman, selepas makan, aku minum kopi o. Memang terangkat.

Aku harap orang yang aku kasihi ini, janganlah marah pada aku. Aku sayang pada mu...!

kedai makan Tepian Permai


banyak pilihan lauk pauk

berbagai jenis ulam


siapa makan ni, bertabur nasi...

selang seli dengan ulam

sambal...

kopi o mesti ada...