"Encik Zol, awak mesti tulis perkara ini dalam blog awak..." Minta kawan aku. Dia memandang muka aku. Macam harimau yang mahu memakan mangsanya.
"Tulis apa...?" Aku tak faham.
"Awak tulis harga makanan di restoren nasi kandar....". Suara kawanku meleret mati.
Kawan aku menjelaskan, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, dia singgah ke sebuah restoren nasi kandar yang terletak berdekatan Hotel Vistana, Pulau Pinang. Hajat dia untuk makan malam. Lalu dia memesan nasi Briyani, ekor ikan dan sotong goreng celup tepong. Selepas menerima sepinggan nasi yang menyelerakan itu, dia pun membuat bayaran di kaunter.
Dia terkejut berok bila diberitahu oleh juru wang harga sepinggan nasi yang masih ditatangnya ialah RM12.50.
"Mahal..."Dia mengerutu. "Mahal sangat...!"
"Biasalah tu...". Aku bersuara mematikan cakapnya.
"Harga nasi RM3.50, harga ikan goreng RM3.00" Kawan aku kembali bersuara. "Tetapi sotong yang sebesar ibu jari aku harganya RM6.00. Itu cekik darah namanya...".
"Yalah, harga sotong memang mahal. Susah nak tangkap sotong. Lagi pun, sotong pun ada musimnya ". Aku bagai peguam mengemukakan hujah mempertahankan alasan kenapa harga sotong itu mahal.
"Apa pun, kau tulis dalam blog kau agar orang lain kena berhati-hati kalau makan di restoren nasi kandar..." Kawan aku kembali meninggikan suara.
Seorang lagi kawan aku pernah memberitahu aku, dia pernah bawa dua orang pelawat dari Singapura untuk makan kari kepala ikan di restoren yang sama. Harga yang dikenakan untuk kari kepala ikan itu ialah RM90.00. Tanpa bertanya dia membayar harga yang dikenakan. Dia tidak mahu buat hal di restoren tersebut depan pelawat dari Singapura itu.
Aku sendiri pernah menyaksi kejadian di mana tiga pasangan datang ke sebuah restoren nasi kandar yang terletak di lebuh Campbell. Restoren nasi kandar ini memang cukup terkenal. Salah seorang dari pasangan tersebut memesan ayam kurma, ayam goreng dan ayam masak madu.
Kemudian pekerja restoren itu membawa 6 ketul ayam kurma, 6 ketul ayam goreng dan 6 ketul ayam masak madu. 18 ketul ayam semuanya untuk di makan oleh 6 orang. Pelanggan yang memesan ayam tadi menjelaskan mereka 6 orang tak boleh makan habis 18 ketul ayam itu. Jadi dia meminta supaya pekerja itu hanya menghidangkan 2 ketul ayam kurma, 2 ketul ayam goreng dan 2 ketul ayam masak madu. Katanya lagi, tak masuk akal untuk mereka 6 orang memakan 18 ketul ayam yang dibawa. Lalu disuruh pekerja itu membawa pergi daging ayam yang selebihnya. Sebelum pekerja itu berlalu, dia meminta pekerja itu memotong 2 ketul ayam kurma, 2 ketul ayam goreng dn 2 ketul ayam masak madu supaya mereka mudah makan daging ayam tersebut.
Selepas beberapa minit, pekerja tu datang semula membawa 18 ketul ayam yang telah siap dipotong. Pelanggan tadi agak terkejut melihat 18 ketul ayam tadi dihidangkan semula. Lalu dia menjelaskan sekali lagi bahawa mereka tidak mungkin dapat memakan kesemua 18 ketul ayam yang dibawa pekerja itu. Dia menjelaskan yang dia hanya mahu 6 ketul ayam sahaja. Pekerja tadi enggan membawa pergi baki 12 ketul ayam tersebut dengan alasan 12 ketul ayam itu telah dipotong. Mahu tidak mahu, terpaksalah pelanggan tersebut menerima kesemua 18 ketul ayam.
Kesimpulannnya, berhati-hati dengan pesanan anda dan ketahuilah harga makanan sebelum anda membuat pesanan supaya anda tidak terkena....

harga sepinggan nasi ini RM12.50
harga sotong celup tepong ini RM6.00
harga ikan goreng ini RM3.00
resit mengesahkan pembayaran