Jumaat, Ogos 28, 2009

AL FATEHA...!

Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh
.
Aku tidak pernah berjumpa dengan beliau dan beliau juga tidak mengenali aku. Tapi dia adalah di antara orang yang aku sanjungi. Aku sering mengikuti perkembangan beliau melalui bacaan dan berita TV. Sayang aku tidak sempat berjumpa dengan beliau. 
.
Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh adalah anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan. Beliau meninggal dunia dalam penerbangan dari China ke Singapura awal pagi  28 Ogos 2009 akibat diserang sakit jantung. Aku jadi sebak selepas membaca berita tentang beliau kembali ke rahmatullah.
.
Aku mula tertarik untuk mengenali beliau setelah Encik Ismail Kassan, seorang pegawai di tempat aku bekerja dahulu bercerita tentang Senator Prof. Datuk Ismail Salleh ini. Beliau adalah pensyarah kepada Encik Ismail Kassan semasa Encik Ismail Kassan mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Encik Ismail Kassan menyatakan Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh seorang bijak dalam bidang kepakaran beliau. 
.
Aku kagumi Senator Prof. Datuk Ismail Salleh kerana beliau merupakan orang kelainan upaya yang cacat penglihatan tetapi mampu mengikuti pengajian hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah. Beliau menerima Anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Ijazah Doktor Falsafah dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1977.
.
Aku berdoa agar beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman! 

Khamis, Ogos 27, 2009

BANNER! BANNER! BANNER!

Lihat sekeliling kita, ada saja banner yang tergantung memaparkan berbagai maklumat dan iklan. Penting sangatkah kaedah ini digunakan sedangkan penggunaan banner menyumbang kepada pencemaran dan kerugian. Apa tak rugi, sebuah banner berapa harganya dan kemudian banner tersebut tidak boleh digunakan lagi. Kecuali banner yang direkabentuk untuk diguna berulang kali dengan maklumat yang sama saban kali digunakan.
.
Tempat kerja aku pun tidak terkecuali dalam penggunaan banner. Aku tak tahulah dalam setahun berapa banyak banner yang ditempah, berapa kos terlibat dan apa jadi kepada banner berkenaan selepas itu? Kitar semula..?
.
Banner yang digantung pada tiang lampu dan pokok
.
.
Banner digantung pada tiang lampu lintasan pejalan kaki dan pokok...
.
.
 mungkinkah banner ini menyerikan lagi tempat ini....?
.
.
wajarkah banner digantung di sini?
.
.
Oklah kalau digantung di tempat yang dikhaskan...
.
.
Dulu ada pihak yang gantung banner di Bulatan Kedamaian ...
.
.
Banner yang sering digantung di sini menyebabkan
hilang  nilai  seni  dan  seri  gerbang  ini...
Percayalah, tempat ini akan jadi tempat gantung banner yang popular!
.
.
tali rafia untuk mengikat banner dibiar terjurai pada pokok...
.
.
tali rafia untuk mengikat banner dibiar terikat...
.
.
Banner di Permatang Pelajar.
.
.
Banner mengalu-alu pelajar baru masih tergantung, 
nak tunggu sidang akademik akan datang kot...?
.
Kadang-kadang pihak tertentu hanya pandai gantung banner dan banner tu dibiar tergantung berkurun dan berkulat. Pandai gantung banner, pandailah turunkan. Potong dan kemaskan tali yang diguna untuk mengikat banner.
.
Banner yang digantung pada tiang bendera...tiang bendera gantung bendera sajalah...
.
.
Banner dengan ejaan UNIVERSITI yang salah...
.
.
Banner dengan maklumat yang salah. Cuba teka maklumat apa yang salah..
.
.
Sudah 2 minggu konvo berlalu tapi streamer CONVEX
masih tergantung,  kenduri pandai, kendara...?.
.
.Apa benda yang nak disampaikan,tak boleh nak baca.
Banner tidak digantung dengan baik.
.
Ada cadangan bagi menganti penggunaan banner? Mesti ada. Guna digital board yang ada di desasiswa-desasiswa, pejabat-pejabat dan tempat-tempat orang ramai untuk salurkan maklumat. Salah satu cara lagi, guna khidmat pesanan ringkas. Apa macam...?

Jumaat, Ogos 21, 2009

KURSUS PENGURUSAN ADUAN AWAM

Seksyen Khidmat Pelanggan, Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aduan Awam bermula pada 24 Julai hingga 26 Julai 2009 di Hotel Langkawi Seaview, Kuah, Langkawi.
.
Peserta-peserta kursus terdiri daripada Pegawai-pegawai Tadbir agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, universiti-universiti dan politeknik-politeknik.
.
Kandungan kursus cukup padat dan pengetahuan yang didapati sangat berfaedah. Penceramah-penceramah telah berjaya menyampaikan ceramah dengan menarik dan tidak membosankan.

Syabas kepada Encik Redzuan dan semua pegawai dari Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pengajian Tinggi!

NASI KENDURI BERACUN



Nasi minyak, nasi tomato dan entah apa lagi nasi
yang dihidang semasa kenduri perkahwinan.

Semasa kenduri kahwin saudara aku, (sebenarnya kenduri pernikahan sebab bab kahwin kena buat sembunyi-sembunyi), aku turut membantu memasak. Masak memasak lauk pauk dibuat secara gotong royong. Tapi saudara aku ini jemput seorang saudara kami yang pakar masak lauk kenduri untuk mengetuai gotong royong ini. 


Semasa memasak nasi minyak, aku nampak tukang masak yang didatang khas itu,  mencampurkan air mawar ketika nasi sedang ditanak. Tujuan beliau mencampurkan air mawar kepada nasi yang sedang ditanak itu supaya nasi itu menjadi wangi.


Aku pun mengambil botol air mawar dan membaca labelnya yang berwarga unggu. Pada laberl tersebut tercatat "Racun, bukan untuk dimakan".


Lantas aku menegur tukang masak kenapa beliau mencampur air mawar beracun dengan nasi minyak. Tukang masak itu memaklumkan bahawa beliau berpengalaman memasak bertahun lamanya dan tidak ada orang yang mati kerana makan nasi minyak yang dicampur air mawar tersebut.

Berdesing telinga aku mendengar hujah beliau.


Beberapa orang lain yang membantu memasak turut menyampuk " Ala, air mawar sebotol tidak memberi kesan dengan nasi seperiok besar  tu".


Lepas itu, aku tidak makan nasi minyak yang dimasak oleh tukang masak itu. Sikap tukang masak tu dan pembantu-pembantu beliau membuat aku meluat kerana tidak mempedulikan kesihatan orang ramai.


Jadi, kawan-kawan di luar sana, berhati-hati ketika hendak menjamah nasi kenduri. Anda mungkin makan nasi minyak atau nasi tomato yang dicampur dengan air mawar yang beracun.

Khamis, Ogos 20, 2009

AKU ZOLKIFLI YAAKOB

Zon cinta ini aku lewati lagi
omonganku tentang lorong janji luhur sekali
liku-liku derita kita tinggal pergi
kau singgahlah di stesen hidup ini
impian bersama menjadi destinasi
fitrah pemandu mimpi seorang lelaki
leka dibual nyanyian sepi
ikut berdendang kehendak hati

Ya Allah tuhan pemerintah langit dan bumi
aku berdoa agar mimpi menjadi realiti
agar orang yang aku kasih akan mengerti
ketentuan ilahi tidak mungkin dihindari
orang ku puja bertandanglah kemari
bahawasanya aku harap cinta kita bersemi...

Bilik 202
EDC UUM

MAKAN LAKSA

Laksa Johor
.

Laksa Melaka
.
Laksa Pulau Pinang
.
Cincau Bandung atau Bandung Cincau?
.
Aiza.. dari Kedah
.

Kam...dari Langkawi
.
 Siti...Pulau Pinang
.
 tetamu istimewa... Izan dari Pendang, Kedah
.
 
Penampilan Istimewa, Imam Hussien dari Bangladesh...
.
dalam sketsa jom-jom makan laksa...

 
Bapa aku berkali-kali berpesan, jangan makan laksa. Ini semua sebab Tok Wan aku jatuh sakit selepas makan laksa dan meninggal selepas itu. Tok Wan aku makan laksa yang dibeli di pekan Gelugor. Sedap agaknya. Keesokan hari, dia makan laksa lagi. Malam itu, dia kena cirit birit dan meninggal. Itu cerita Tok Wan dan laksa.

Aku memang suka makan laksa. Yang bestnya, awas-awas mesti lebih. Mesti ada banyak hirisan bawang besar, timun, daun pudina, daun salad, hirisan bunga kantan, nanas dan otak udang. Phew...memang terangkat. Kuah laksa pula mau pekat. Ada pula asam gelugor. Asam keping la...

Aku ada dengar juga tentang ada orang guna kertas tisu untuk campur dalam kuah laksa. Itu aku tak pasti.

Kemalrin, 19 Ogos 2009, aku, Siti, Aiza, Kam dan Izan sebagai tetamu istimewa telah memilih untuk makan laksa semasa makan tengah hari. Boleh tahan laksa ni.

Bab masak laksa ni, laksa yang dimasak oleh adik aku cukup sedap. Hampir setiap Aidilfitri, dia hidang laksa kepada tetamu. Isteri aku pun pandai masak laksa.

Lain negeri lain cara masak laksa. Tapi aku gemar laksa Pulau Pinang. Maklumlah, aku orang Pulau Pinang.

Kawan aku dari Kedah kata dia nak masak laksa dan jemput aku makan. Aku tunggu saat waktu itu.