Fazilah beriya-iya benar mengajak aku ke majlis perkahwinan putera-putera Cikgu Hj. Ismail Salleh dan Norliza Hussain. Majlis tersebut diadakan Ahad 14 Mac 2010 bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Vokasional Batu Lancang, Pulau Pinang. Kata Fazilah, aku wajar menghadiri majlis perkahwinan putera-putera Liza kerana aku dan Liza pernah bertugas bersama-sama di Unit Latihan.
Sebenarnya, aku memang berhajat untuk menghadiri majlis kenduri kahwin putera-putera Liza. Mungkin ini ada sejarah dalam hidupku ini menghadiri majlis perkahwinan tiga orang adik beradik sekali gus. Mungkin kita patut mengucapkan tahniah kepada Cikgu Hj. Ismail dan Liza kerana kelainan ini. Kalau majlis perkahwinan setakat untuk dua orang itu biasalah. Emak aku beri tahu, majlis perkahwinan bapa aku dan abang dia pun diadakan serentak. Tidak ada apa-apa masalah pun. Jimat lagi.
PENGANTIN
TETAMU
DJ KENDURI
Celoteh Encik Rahim sebagai DJ kenduri kahwin cukup menghiburkan. Tahniah Encik Rahim.