Aku ni jenis baik hati. Kenyataan ini bukan memuji diri sendiri. Atau aku angkat bakul. Ada kawan-kawan yang pinjam barang-barang kepunyaan aku dan mereka tidak pulangkan kepada aku.
Aku bagi pinjam barang-barang tersebut tanpa mempedulikan siapa yang datang pinjam barang-barang tersebut. Aku tidak pula catat di mana-mana siapa yang pinjam barang-barang tersebut. Akibatnya, aku dah lupa siapa yang telah pinjam barang-barang tersebut.
Kawan-kawan pula mengambil kesempatan atas budi baik aku. Mereka tidak pulangkan barang-barang yang mereka pinjam dari aku.
Kawan-kawan pula mengambil kesempatan atas budi baik aku. Mereka tidak pulangkan barang-barang yang mereka pinjam dari aku.
Ada seorang kawan yang pinjam kot aku untuk dipakai semasa konvokesyennya. Aku pun bagi dia pinjam kot aku. Kini dah bertahun, dia tidak pulangkan.
Ada lagi seorang kawan datang meminjam bekas sireh atau tepak sireh aku. Aku beli bekas sireh tu masa aku kerja dengan FELDA. Aku buat kerja lapangan di Terengganu dan beli bekas sireh tu masa itu buat kenang-kenangan. Kawanku kata dia pinjam bekas sireh itu untuk majlis perkahwinan. Tapi, bekas sireh itu tidak dipulangkan kepada aku. Di samping bekas sireh, dia juga meminjam embat-embat sebanyak dua buah. Aduh...siapa kawan yang meminjam barang-barang ni...?
Kemudian datang seorang kawan, dia pinjam khemah Rhino aku. Dah beberapa bulan berlalu tapi dia masih menyimpan khemah tersebut. Pulangkanlah khemah aku itu...
Pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati apabila meminjam barang-barang kepada kawan-kawan.
Pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati apabila meminjam barang-barang kepada kawan-kawan.