Rabu, Mac 24, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI ENCIK MOHD SHAH HAJI ALI

Aku rasa aku harus memenuhi jemputan Encik Mohd Shah Haji Ali apabila beliau menjemput aku ke majlis perkahwinan puterinya pada 13 Mac 2010 bertempat di Dewan Merak Kayangan FELDA. Aku berpendapat pada majlis ini nanti, aku akan berpeluang untuk bertemu dengan kawan-kawan lama yang pernah bertugas di Institut Pembangunan Tanah FELDA. 

Ketika aku berjumpa dengan Dr. Meriam Omar Din yang pernah juga berkhidmat di Institut Pembangunan Tanah Felda di majlis ini, beliau juga menyatakan kepada aku bahawa pada majlis seperti inilah kami berpeluang untuk berkumpul dan bertemu mesra.

Namun, tidak ramai kawan-kawan yang aku jumpa pada majlis ini. 

IBU BAPA PENGANTIN
Kehadiran aku dan Fazilah disambut oleh Encik Mohd Shah Hj. Ali dan isteri. Mereka begitu ramah dan mesra menanti kehadiran tetamu. Mohd Shah masih kelihatan segak dan kelihatan masih muda seperti dulu. Begitu juga dengan isteri beliau. Mereka berdua seolah-olah tidak dimakan usia.  Aku gembira dapat berjumpa dengan Encik Mohd Shah.

MAKANAN YANG DIHIDANGKAN
Berbagai hidangan disajikan. Sedap-sedap pula. Tapi aku tidak dapat makan banyak. Masa aku habiskan dengan  berjumpa dan berbual dengan kawan-kawan lama. Di samping itu, aku sibuk merakam gambar-gambar mereka.

Fazilah malu-malu mengambil nasi

KAWAN-KAWAN LAMA
Selalu aku bertanya pada diri sendiri apa khabar kawan-kawan lama yang sama-sama bertugas di Institut pembangunan FELDA dahulu. Aku ada menerima berita ada yang telah meninggal dunia. Al fateha untuk mereka yang telah meninggal dunia. Bagi kami yang masih hidup, aku berharap ada kesempatan untuk kami berjumpa semula. Namun ada sukar juga sebab ada yang telah meninggal perkhidmatan dengan FELDA seperti aku sendiri, Selvaraj Jayaram yang kini menetap di England, Mohd Taib Haji Talib yang telah berhenti dengan FELDA, Ismail Kassan yang aku dengar menjadi Presiden TEMA...
 
Fazilah dan Kak Aishah

Tomordi Hj. Zainuddin, Kak Aishah dan Fazilah

Zamani A. Wahid dan isteri beliau Kak Zaharah

Zamani dan Sarchu Sawal

Adnan Muros dan Meriam Omar Din

Basyuni Sumrah dan Adnan Muros

Basyuni Sumrah dan Khairudin Majid

Karim Ahmad

Md. Zain Ali dan Isteri

Paiman dan isteri beliau

Ramai lagi warga FELDA yang hadir...tapi aku sudah tidak kenal mereka . Dah lama tinggal FELDA...

Tetamu juga dihiburkan dengan pemuzik jemputan

PENGANTIN
Pelamin yang tersergam indah

Pengantin yang sama cantik sama padan...

Dayang-dayang mengiringi Raja Sehari

Selamat Pengantin Baru,
Semoga Bahagia Hingga Akhir Hayat...
Aku tidak dapat berada lebih lama di majlis perkahwinan puteri Encik Mohd Shah kerana aku terpaksa memandu pulang ke Pulau Pinang.

Aku berdoa agar kehidupan Encik Mohd Shah sekeluarga sentiasa diberkati Allah SWT. Bagi puteri Encik Mohd Shah dan suaminya, aku berdoa agar bahagia hingga ke akhir hayat.