Pada 15 Februari 2010, aku telah ke Lumut, Perak. Aku kena hadir sebuahprogram di Pulau Pangkor. Entah kenapa aku tidak berminat untuk menginap di Pulau Pangkor. Aku lebih terpanggil untuk menginap di Lumut. Tambahan pula, aku dapat tahu hotel-hotel di Pulau Pangkor habis ditempah.
Aku bertolak dari Pulau Pinang ke Lumut sekitar 2.30 petang. Sekitar 6.30 petang aku sampai di Lumut. Jalan raya sesak. Tanpa berlenggah aku menuju ke sebuah hotel yang terletak di tepi pekan Lumut. Selepas check in, aku terus ke bilik dan berehat sementara menunggu waktu makan. Suasana hotel sungguh tenteram. Bilik hotel pun cantik, kemas dan bersih. Ada balkoni mengadap laut dan pekan Lumut. Memang bagus.
Aku ke Lumut Water Front untuk makan malam. Ramai betul pengunjung. Lama juga tunggu nasi ayam golek untuk dihidangkan. Lepas makan, baru air laici yang dipesan sampai. Apa nak dikatakan. Aku pendam saja rasa marah sebab dua tiga kali aku tercekik. Lagi pun kesian tengok pekerja kedai makan tu terkejar-kejar mengambil tempahan dan menghantar makanan.
Pada pagi 16 Februari, aku bertolak ke Pulau Pangkor. Tak ramai penumpang. Sekejap sahaja menunggu feri untuk ke Pulau Pangkor. Anggota RELA yang aku jumpa beritahu sehari sebelum itu, 10 orang pengsan kerana terpaksa berhimpit-himpit dan menunggu lama untuk naik feri. Ramai yang berasak-asak hingga berlaku pergaduhan. Anggota RELA dan anggota Polis dikerah untuk mengawal keadaan.
Selepas sampai di Pulau Pangkor, aku menaiki teksi untuk ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pinang Besar. Dalam perjalanan, pemandu teksi banyak menyoal aku. Mulanya aku rasa marah juga. Aku rasa macam aku ini orang salah yang sedang disoal. siasat . Rupanya ada hikmah. Pemandu teksi itu berasal dari Gelugor, Pulau Pinang. Dia berasal dari kampung sama dengan aku. Malah dia adalah anak saudara kepada imam di kampung aku.
Kehadiran aku di dewan tersebut disambut oleh beberapa orang jurulatih Kor SUKSIS. Kemudian kami beredar ke tempat penginapan mereka. Aduh...!!! Sangat panas tempat mereka menginap. Kasihan dengan keadaan mereka. Cuma ada dua buah kipas siling yang sedang ligat berputar. Tapi bahang panas masih terasa.
Pukul 2.00 petang aku ke dewan semula. Kali ini, orang kampung telah sampai. Anggota Kor SUKSIS pun sudah berkumpul. Kemudian, rombongan Pegawai Daerah pun sampai. Kami menyambut kehadiran beliau. Encik Ahmad Shafie, Pegawai Daerah Manjung hadir untuk merasmikan program Khidmat Masyarakat Kor SUKSIS USM di Kampung Sungai Pinang Besar.
Acara perasmian ringkas sahaja. Acara dimulakan dengan nyanyian Negaraku. Kemudian diikuti dengan doa agar program khidmat masyarakat ini diberkati oleh Allah SWT. Kemudian ASP (KS) Zolkifli Yaakob dijemput menyampai ucapan. Seterusnya Pegawai Daerah pula menyampaikan ucapan dan merasmikan program. Acara perasmian ditamatkan dengan penyampaian cenderamata kepada Pegawai Daerah.
Selepas acara itu, aku bertolak balik ke Lumut. Sampai di pekan Lumut sekitar jam 7.30 malam. Aku terus balik ke hotel. Alhamdullilah dapat merasai hawa dingin dari bilik hotel. Sungguh nyaman. Teringat aku. Di Neraka tentu lebih panas. Tentu panas tergedik-gedik.
Selepas acara itu, aku bertolak balik ke Lumut. Sampai di pekan Lumut sekitar jam 7.30 malam. Aku terus balik ke hotel. Alhamdullilah dapat merasai hawa dingin dari bilik hotel. Sungguh nyaman. Teringat aku. Di Neraka tentu lebih panas. Tentu panas tergedik-gedik.