Rabu, Februari 24, 2010

MESYUARAT PEMANTAUAN MBJ BIL. 1/2010 KPT

Mesyuarat Pemantauan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1/2010 Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan di bilik Persidangan Utama Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan pada Isnin 22 Februari 2010 jam 9.00 pagi.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dr. Zaidun Kamari, Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia. Turut hadir semasa perasmian mesyuarat ialah Dr. Mohammad Rosdi Abdul Rahman, Timbalan Pengarah HUSM(Klinikal), Tuan Haji Wan Mohd. Suyuti Wan Ismail, Timbalan Pengarah HUSM (Pentadbiran) dan Tuan Syed Ahmad Kamil Syed Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Kewangan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Md Sani Latip, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  

Selepas mesyuarat, Encik Md Sani telah menyampaikan sijil penghargaan kepada universiti-universiti dan agensi-agensi di bawah Kementerian Penghargaan Tinggi yang telah berjaya mengadakan mesyuarat MBJ mengikut jadual ia itu empat kali setahun.