Selasa, Februari 02, 2010

SINGGAH SEBENTAR DI CAMERON HIGHLANDS

Sepanjang hidupku ini, aku telah empat kali ke Cameron Highlands. Kali pertama aku ke Cameron Highlands ialah ketika aku menetap di Institut Pembangunan Tanah FELDA, Trolak Perak. Pening sakan ketika naik dan turun Cameron Highlands. Pada hal, aku yang memandu ketika itu. Muntah hijau.

Kali kedua aku pergi Cameron Highlands adalah atas urusan rasmi. Aku buat pengambaraan video pasal kaedah menanam sayur sawi di sana. Semasa perjalanan balik, aku terpaksa singgah di pekan Tapah. Aku pergi ke tandas stesen minyak Shell dan muntah.  Habis keluar isi perut. Serik untuk ke Cameron Highlands.

Kali ketiga aku ke Cameron Higlands ialah untuk menyertai bengkel pengubalan soalan PTK. Aku pergi ikut jalan Simpang Pulai. Tak pula pening dan muntah.

Pada 28 Januari 2010, aku pergi Cameron Highlands buat kali keempat. Fazilah, isteriku mengadu yang dia ingin sangat ke Cameron Highlands. Jadi, aku pun mengambil cuti dan bawa Fazilah ke Cameron Highlands.
Kami bertolak dari Villa Sri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang  ke Cameron Highlands pada tepat jam 10.45 pagi.
Kami pergi ke Cameron Highlands melalui jalan Simpang Pulai. Berhampiran simpang Ipoh dan Cameron Highlands terdapat sebuah restoren yang nama restoren itu sama dengan nama anak aku, Zulkarnain. 
Pemandangan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands sangat cantik. 
Kami sampai ke kawasan sempadan antara Perak dan Pahang sekitar jam 2.30 petang.
Alamak..., banyaknya sisa buangan. Tapi ianya diuruskan dengan baik. Jika tidak, hilanglah seri Cameron Highlands sebagai destinasi pelancongan.
Kebun sayur di Tanah Rata. Jika tidak dirancang dan kawal penanaman sayur di sini, penerokaan tanah akan dilakukan dengan rakus tanpa mengambil kira impak alam sekitar.
kami menginap di Hotel Irish. Hotel Irish terletak di pekan Brinchang. Fazilah mencadang tidak usah membazir duit untuk tidor di hotel yang mahal.
Selepas "check in" dan rehat sebentar, kami keluar makan. Fazilah sangat lapar sebab sejak pagi lagi dia tidak makan. Aku tidak kesah bab makan. Kami keluar makan di medan selera tidak jauh dari hotel kami menginap. 
Kami singgah di gerai yang menjual makanan masakan Thai lalu memesan nasi goreng lakna dan sup tulang.
"Ish suamiku ni, aku nak makan dia pula sibuk nak ambil gambar. Tak boleh tunggu dia ni. Lapar!".
Minuman kegemaran Fazilah, air suam...
Minuman kegemaran aku, kopi "o"

Kemalangan Kecil di Brinchang
Selepas makan, kami pulang ke hotel. Dalam perjalanan pulang, aku lihat kemalangan antara sebuah motosikal dan sebuah Land Rover yang mengangkut sayur-sayuran. Kemalangan tersebut berlaku di simpang ke Hotel Irish.
Dari perbualan mereka yang membantu mangsa kemalangan itu, aku dapati mangsa kemalangan bernama Pak Ali dan nama isterinya, Kak Mah. Kesian pada Pak Ali. Waktu tu pula hampir Maghrib. Mungkin Pak Ali dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. 
Aku dapati luka Pak Ali agak parah. Kakinya patah dan lukanya agak dalam.  Lalu aku bergegas mengambil kotak "First Aid" yang ada dalam kereta aku dan memberi rawatan kecemasan kepada Pak Ali. Aku balut luka pada kaki Pak Ali. Kemudian Pak Ali dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Aku berdoa agar Pak Ali cepat sembuh.

Aku pulang ke bilik hotel. Fazilah telah lama menunggu di bilik. Kami tidak ke mana-mana. Terlalu sejuk. Aku sekadar menikmati keindahan malam Cameron Highlands melalui balkoni bilik hotel. Aktiviti seterusnya...
Keesokan hari...
Sebelum bertolak ke Kea Farm, kami bersarapan terlebih dahulu.
Aku tertanya-tanya, gerai ini jual mamak mee? atau jual mee mamak? Walau apa pun, nasi lemak di gerai Kak Poyah memang sedap. Sangat sedap. Kalau sesiapa ke Cameron Highlands, singgahlah ke gerai Kak Poyah.
Kami makan nasi lemak dengan sambal tumis kerang dan sambal tumis sotong. Aku ucap tahniah kepada Kak Poyah kerana nasi lemak yang sangat sedap.
Kami sampai di gerai sayuran-sayuran agak lewat. Pelancong dari luar negara begitu ramai. Kebanyakan dari negara Jepun.
Pasar Brinchang Cameron Highlands
Selepas balik dari Kea Farm, kami ke gerai Kak Poyah sekali lagi. Kali ini aku dan Fazilah makan mee goreng campur dengan sambal tumis sotong.

Fazilah keletihan dan enggan ke mana-mana. Tapi aku, berjalan-jalan sekeliling pekan Bringchan. Tempat pertama aku tujui, Pasar Bringchan.

Jalan-Jalan Sekeliling Pekan Brinchang
Kenderaan pacuan empat roda terutama Land Rover menjadi pilihan pengusaha kebun sayur di Cameron Highlands.
Cuaca yang sejuk membuat pak cik ini tertidur nyenyak di kaki lima jalan.

Perjalanan Pulang

Selepas jalan-jalan di pekan Bringchan, kami mengambil keputusan untuk pulang mengikut jalan Tapah.

Pose yang dicadangkan oleh Fazilah sebelum meninggalkan Brinchang. Katanya, dua hati satu jiwa...!
Ladang teh yang luas sejauh mata memandang. Tapi maaf ya, saya tidak minum teh.

Pekan Tanah Rata mengimbau kenangan kali pertama aku menjejak kaki ke Cameron Highlands.
Ladang teh di pekan Ringlet
Kebun sayur di Ringlet
Pekan Ringlet
Penempatan Orang Asli. Mereka ini dari puak Semai.
 Air terjun Lata Iskandar...
Kedai menjual cenderamata berhampiran Lata Iskandar. Tapi banyak cenderamata yang dijual di sini adalah ini hasil kerja tangan orang Indonesia, Thailand dan China. Kerja tangan orang Malaysia pun ada juga.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah....!