Ahad, Februari 28, 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL ANJURAN KELAB GELUGOR

Kelab Gelugor  sekali lagi telah berjaya menganjurkan program sambutan Maulidur Rasul. Sambutan kali ini telah dibahagikan kepada dua acara iaitu, ceramah yang diadakan pada 9.30 malam, 25 Februari dan acara perarakan yang telah diadakan pada 9.00 pagi 26 Februari 2010. 

Ceramah telah disampaikan oleh anak Gelugor sendiri ia itu Ustaz Haji Abdullah Haji Yahaya. Ustaz Abdullah lebih dikenali sebagai Ustaz Baharin di kampung ini. Beliau menyampaikan ceramah tentang akhlak Rasulullah SAW.  yang patut menjadi teladan manusia hari ini.

Perarakan pula telah disertai oleh warga Gelugor yang mewakili badan-badan sukarela dan persatuan-persatuan yang terdapat di kampung ini. 

Apa yang membanggakan ialah acara sambutan Maulidur Rasul ini turut diikuti oleh perwakilan dan penduduk dari luar kampung ini.

Tahniah kepada Tuan Haji Zanuddin dan ahli jawatankuasa beliau yang bertungkus lumus menganjurkan program ini.