Hari ini, aku terbaca blog seorang kawan aku. Maksud aku, aku tidak berniat membaca blog beliau tetapi entah bagaimana tengah aku buat search tentang sesuatu tajuk tiba-tiba terpapar blog beliau. Lastest entry, beliau mendayu-dayu menceritakan kegagalan cinta beliau. Beliau menanggis dan menanggis. Phew... sebiji macam cerita drama swasta! Atau lebih tepat kalau aku kata macam cerita cinta Hindustan...Aku sangat tertarik dengan ungkapan perpisahan beliau " Biarlah aku pergi sebelum kau meninggalkan aku pergi...".
Seorang kawan aku pernah gagal memiliki seorang yang beliau kira cukup istimewa kepadanya. Dia kira perempuan itu cukup padan dengan dia. Pada matanya, perempuan itu sangat cantik. Potongan badan yang menarik. Kulit putih gebu. Tapi perempuan itu melafazkan kata cintanya pada dia setelah dia bertunang. Hidupnya ketika itu menjadi kacau. Pertimbangan antara tunang yang dia cintai dan seorang kekasih yang baru dia kenali. Dia jadi sasau. Dia jadi bingung. Dia jadi tidak keruan. Dia rasa sudah sampai ke penghujung hidup ini. Dia rasa tidak ada penghujung kepada masalah beliau.
Jadi aku menasihatinya untuk mengadap Allah. Aku suroh dia mohon petunjuk dari Allah. Aku suroh dia bangun tengah malam ( bukan malam tapi 3.00 pagi dan tunaikan solat istikharah.) Allah memberi petunjuk bahawa bakal isterinya (tunang dia) adalah orang paling sesuai untuk dirinya. Isteri yang akan hidup susah senang bersama dia.
Jadi aku menasihatinya untuk mengadap Allah. Aku suroh dia mohon petunjuk dari Allah. Aku suroh dia bangun tengah malam ( bukan malam tapi 3.00 pagi dan tunaikan solat istikharah.) Allah memberi petunjuk bahawa bakal isterinya (tunang dia) adalah orang paling sesuai untuk dirinya. Isteri yang akan hidup susah senang bersama dia.
Dia pun melangkah pergi meninggalkan perempuan itu. Doa dia semoga prempuan itu akan berbahagia. Selang setahun selepas dia berkahwin, dia terima kad undangan perkahwinan perempuan itu dengan seorang pegawai tentera. Dan dia, dia kini cukup bahagia dengan isterinya dan anak-anak beliau. Dia berharap perempuan itu pun berbahagia dengan keluarganya. Lupakan peristiwa lalu walau pun sukar untuk berbuat demikian.
Percayalah... apa yang berlaku ada hikmahnya. Di sebalik kepahitan hidup yang kita telan, pasti menjadi penawar kemudian hari. Hidup bukan untuk derita dan derita bukan untuk selamanya.
Pada kawan aku ini, sebenarnya dia ni seorang steno di sebuah pusat pengajian di tempat aku bekerja. Umurnya pun masih setahun jagung. Setahun jagung? Ini sekadar perumpamaan untuk mengambar bahawa dia masih muda dan masih ada banyak masa untuk mencari penganti. Kalau orang dah tidak mau pada kita, nak buat macam mana. Hari ini hari dia untuk memutuskan ikatan cinta...Mungkin besok pasangan barunya pula akan meninggalkan dia pergi.
Engkau adalah engkau
Aku adalah aku
Jika ditakdirkan
pasti kita akan bertemu...