Ahad, Mac 21, 2010

PANDAI PINJAM PANDAI PULANGKAN...!

Aku ni jenis baik hati. Kenyataan ini bukan memuji diri sendiri. Atau aku angkat bakul. Ada kawan-kawan yang pinjam barang-barang kepunyaan aku dan mereka tidak pulangkan kepada aku.

Aku bagi pinjam barang-barang tersebut tanpa mempedulikan siapa yang datang pinjam barang-barang tersebut. Aku tidak pula catat di mana-mana siapa yang pinjam barang-barang tersebut. Akibatnya, aku dah lupa siapa yang telah pinjam barang-barang tersebut. 

Kawan-kawan pula mengambil kesempatan atas budi baik aku. Mereka tidak pulangkan barang-barang yang mereka pinjam dari aku.

Ada seorang kawan yang pinjam kot aku untuk dipakai semasa konvokesyennya. Aku pun bagi dia pinjam kot aku. Kini dah bertahun, dia tidak pulangkan.



Ada lagi seorang kawan datang meminjam bekas sireh atau tepak sireh aku. Aku beli bekas sireh tu masa aku kerja dengan FELDA. Aku buat kerja lapangan  di Terengganu dan beli bekas sireh tu masa itu buat kenang-kenangan. Kawanku kata dia pinjam bekas sireh itu untuk majlis perkahwinan. Tapi, bekas sireh itu tidak dipulangkan kepada aku. Di samping bekas sireh, dia juga meminjam embat-embat sebanyak dua buah. Aduh...siapa kawan yang meminjam barang-barang ni...?

Kemudian datang seorang kawan, dia pinjam khemah Rhino aku. Dah beberapa bulan berlalu tapi dia masih menyimpan khemah tersebut. Pulangkanlah khemah aku itu...

Pengalaman mengajar aku untuk berhati-hati apabila meminjam barang-barang kepada kawan-kawan.

Isnin, Mac 01, 2010

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA AKU...!

1 Mac, hari lahir aku. Semakin tua. Sejajar dengan usiaku ini, aku harap aku semakin matang dalam menjalani hidup. Walau apapun, aku sentiasa ingat bahawa saat kematian aku semakin hampir. Dan aku sedar bila aku mati nanti, aku tidak layak untuk menjadi penghuni syurga, namun aku juga tidak mampu dan takut untuk menjadi penghuni neraka. Lantaran itu, aku sentiasa memohon agar hidupku setiap saat ini diberkati dan diredhai Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada aku.

Pagi-pagi lagi, pada pukul 1.00 pagi, aku menerima SMS mengucapkan selamat hari lahir dan doa agar hidupku bertambah bahagia. SMS itu dari Fazilah, isteriku. Terima kasih atas ingatan dan SMS ucap selamat.

Sekitar pukul 8.50 pagi, aku terima SMS dari Wan Zalina pula. Wan mengucapkan selamat hari lahir kepada aku. Mungkin Wan seorang saja rakan sekerja yang ingat tarikh lahir aku. Terima kasih Wan!

 
Kemudian Zulfadli menghantar SMS kepada aku mengucapkan selamat hari lahir. Mesej ucapan itu katanya dari dia dan kakaknya, Zuyanti. Kedekut betul mereka ni. Kongsi SMS untuk ucapkan selamat hari lahir kepada aku. SMS itu aku terima jam 11.30 pagi.

Selepas pulang dari kerja, aku baring sambil menonton tv. Tonton cerita kartun Jepun. Walau pun kartun tapi ceritanya menyentuh perasaan. Hebat mesej yang disampaikan. Cerita seorang anak kecil yang kematian ibunya dan anak kecil tersebut masih tidak dapat menerima kematian ibunya walau dua tahun telah berlalu.   Bukan sekadar hiburan.

Selepas menonton cerita kartun, anak-anak aku mengajak aku makan nasi dengan lauk yang dibeli dari gerai Shariff Nasi Kandar. Sebenarnya aku tidak ada selera nak makan. Mungkin cuaca yang panas sedikit sebanyak menjejas selera besar dan selera gelojoh aku untuk menjamah nasi.

Selepas habis makan nasi, anak-anak aku membawa keluar kek hari jadi. Kek coklat. Ada hiasan pula atas permukaan kek.  Nampak lazat dan berselera. Tapi, aku kekenyangan makan nasi. Aku ambil sepotong kek coklat itu dan makan sambil menghirup kopi O. Lepas itu, aku duduk tersandar menonton Buletin Utama TV3.

Kemudian, pada 9.48 malam,  Zulkarnain pula menghantar SMS mengucap selamat hari jadi pada aku. "Happy Birthday To You...!" Zulkarnain juga mendoakan semoga cita-citaku akan tercapai. Cita-citaku ialah agar anak-anak lelaki aku terbuka hati mereka untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda pula.

Walau apapun, aku mengucapkan selamat hari jadi kepada diriku ini. Kepada isteriku dan anak-anak, terima kasih atas ucapan selamat hari jadi kepada aku. Dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Zuyanti yang telah menaja kek hari jadi.  

Ahad, Februari 28, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK NORMA

Pada hari Sabtu, 27 Februari 2010, Husni Shaikh Ali dan Norma Mohamed Gouse telah mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak perempuan mereka, Nurnabilah Hanis Husni. Pasangan Nurnabilah ialah Nor Azman. Majlis perkahwinan tersebut telah diadakan di rumah mereka di Jalan Gajah, Tanjong Tokong.

Aku ucapkan terima kasih kepada Husni dan Norma kerana sudi menjemput aku sekeluarga ke majlis kenduri perkahwinan anak mereka. Aku juga ucapkan tahniah kepada Husni dan Norma kerana anak perempuan mereka  telah diperkenankan jodoh. Semoga Nurnabilah dan suami hidup bahagia hingga ke akhir hayat. 
Norma, emak pengantin
Husni, bapa pengantin
pengantin tiba...pengantin tiba...
pengantin bersanding
hidangan
tetamu
kak aishah, katerer