Isnin, Disember 28, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN SU DAN MIDY

Sabtu, 27 Disember 2009, aku ke Kubang Semang, Bukit Mertajam menghadiri kenduri perkahwinan (?) anak sepupu aku. Itulah kali pertama aku ke rumah beliau. Nasib baiklah ada tanda arah ke rumah beliau, jika tidak jenuh mencari rumah beliau.

Aku sampai ke rumah pengantin pun agak lewat. Hampir 4.00 petang. Ramai tetamu yang sudah makan dan beransur pulang. Pengantin pun sudah bersanding. Menyesal juga sampai lewat.  Tak sempat jumpa saudara mara yang telah pulang.

Selepas menikmati jamuan, aku pun sibuk mengambil gambar tetamu dan pengantin. Yang baiknya, pengantin bersanding sekali lagi supaya aku boleh merakam gambar mereka. Bila mereka naik pelamin sahaja, ramailah saudara mara tumpang bergambar dengan pengantin.

Akhir sekali, ucapan aku kepada pengantin, SELAMAT PENGANTIN BARU dan BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...

tanda arah rumah kenduri


bapa pengantin menyambut tetamu

mydin, bapa pengantin
ahli keluarga pengantin

tok nab, tok pengantin

minah, mak pengantin

mustafa

jamilah

ani

jo

non

kak long dan isteri mustafa

sara zulaikha dan salina, adik pengantin

siti, tok saudara pengantin

hantaran






pengantin
















antara yang dihidang




makan time...

















tetamu di dalam rumah pengantin 








geng basuh pinggan

mai kita balik